ORANG ramai menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin di pusat vaksinasi di Disneyland, Anaheim.  AFP
ORANG ramai menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin di pusat vaksinasi di Disneyland, Anaheim. AFP
AFP

Los Angeles: Disneyland di Anaheim membuka pusat vaksinasi berskala besar, kira-kira 10 bulan selepas tarikan itu terpaksa ditutup bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Ratusan individu bertuah menjadi antara kelompok pertama yang mendapat janji temu untuk menerima vaksin berkenaan di parkir taman tema itu pada Rabu.

Ia membabitkan penerima terdiri daripada petugas kesihatan dan individu berusia lebih 65 tahun yang menerima suntikan di dalam khemah besar berwarna putih.

"Amat mudah. Tak terasa langsung ketika (vaksin) itu disuntik," kata Gary Dohman, pesakit kanser paru-paru berusia 81 tahun, selepas menerima suntikan vaksin Moderna itu.

"Selepas berada dalam rumah sehingga 10 bulan, dan tidak dapat ke mana-mana. Saya mahu suntikan dos kedua dan harap dapat mengembara," katanya.

Pusat itu akan melaksanakan vaksinasi membabitkan kira-kira 7,000 suntikan setiap hari.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 9:11 AM