QUÝ Báu pertama kali dimandikan di hospital haiwan. Gambar bulat, Quý Báu bersama ibunya, Mei Mei.
QUÝ Báu pertama kali dimandikan di hospital haiwan. Gambar bulat, Quý Báu bersama ibunya, Mei Mei.
Agensi

Pennsylvania: Zoo pertama di Amerika Syarikat menyambut kelahiran monyet daripada spesies unik yang diancam kepupusan, François' langur.

Spesies itu atau nama saintifiknya, Trachypithecus Francoisi campuran daripada spesies lotong dan sejenis dengannya banyak terdapat di China dan Vietnam.

Zoo Philadelphia menyambut kelahiran pertama spesies itu yang berada dalam kurungan, baru-baru ini dan terpaksa menjaga bayi yang dinamakan Quý Báu selama sebulan.

"Quý Báu dilahirkan ibunya, Mei Mei namun, tidak diendahkan sebaik kelahirannya menyebabkan petugas mengambilnya untuk dijaga buat sementara.

"Ia dibawa ke hospital haiwan untuk dimandikan dan diberi makanan.

"Kami sangat teruja untuk memperkenalkan ahli baharu dalam keluarga zoo iaitu anak spesies François' langur ini," kata jurucakap zoo itu seperti dilapor The Sun.

Menurut kenyataan itu, Quý Báu sudah disatukan kembali bersama ibu serta keluarganya dan hidup dengan baik.

Pihak zoo menamakan Quý Báu yang disebut Qwee Bow kerana maksudnya 'bernilai' dalam bahasa Vietnam.

Tahun lalu, monyet daripada spesies sama dilahirkan di Zoo Taronga, Sydney.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2021 @ 6:40 AM