LARRY King
LARRY King
BERNAMA

Moscow: Personaliti rancangan bual bicara terkenal Amerika Syarikat (AS) Larry King meninggal dunia pada usia 87 tahun hari ini, menurut kenyataan media Ora Media, lapor agensi berita, Sputnik.

Kenyataan media yang tidak menyatakan punca kematian itu memaklumkan King meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedar-Sinai di Los Angeles.

"Dengan penuh kesedihan, Ora Media ingin memaklumkan kematian pengasas bersama kami, pengacara dan rakan, Larry King pagi ini pada usia 87 tahun di Pusat Perubatan Cedar-Sinai di Los Angeles.

"Ora Media mengucapkan takziah kepada anaknya, Larry Jr, Chance, Cannon dan seluruh keluarga King," kata kenyataan itu.

King dimasukkan ke hospital awal bulan ini selepas disahkan positif Covid-19. Dia sebelum ini turut disahkan mempunyai masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 10:48 PM