PASANGAN kembar  dilahirkan dengan pembuluh darah dan saluran otak yang sama. FOTO AGENSI
PASANGAN kembar dilahirkan dengan pembuluh darah dan saluran otak yang sama. FOTO AGENSI
Agensi

New Delhi: Seorang bayi lelaki berusia lima tahun di India meninggal dunia selepas tiga tahun menjalani pembedahan untuk memisahkan kepala yang bercantum dengan saudara kembarnya pada 2017.

Jaga dan Kalia, bayi kembar siam itu sudah melakukan beberapa pembedahan besar sejak berusia dua tahun.

BBC Indonesia melaporkan Kalia, bagaimanapun meninggal dunia pada 25 November lalu selepas jatuh sakit akibat jangkitan kuman.

Pasangan kembar itu dilahirkan dengan pembuluh darah dan saluran otak yang sama iaitu satu keadaan yang sangat jarang ditemui dengan hanya satu kes bagi setiap tiga juta kelahiran.

Pasukan perubatan terdiri daripada 30 doktor melakukan pembedahan untuk memisahkan bahagian kepala mereka pada 2017.

Ia adalah kes pertama dikendalikan All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) Delhi.

Pasangan kembar itu berasal dari sebuah kampung di wilayah timur India iaitu, Odisha.

Tahun lalu, pasangan kembar berkenaan dipindahkan ke Fakulti Kedoktoran Srirama Chandra Bhanja iaitu sebuah hospital kerajaan.

Doktor memaklumkan kepada Hindustan Times, Kalia 'tidak memiliki masalah' sejak minggu lalu tetapi keadaan kesihatannya terus merosot.

"Lima hari lalu, keadaannya tiba-tiba berubah kritikal," kata Doktor Bhubanananda Maharana.

Pada Ogos 2017, kembar itu menjalani pembedahan pertama, sebelum diikuti pembedahan untuk memisahkan kepala mereka pada Oktober tahun sama.

Pembedahan itu berjaya meskipun berdepan beberapa halangan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2020 @ 6:00 AM