GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

Palembang: Bengang ditegur kerana menghubungi wanita lain, seorang lelaki di Sumatera Selatan, Indonesia tergamak memukul isterinya.

Kejadian yang berlaku di wilayah Sukarami itu bermula apabila lelaki berusia 31 tahun itu berang selepas rahsianya menelefon wanita lain diketahui isterinya.

Isterinya sebelum ini mengintip pergerakan suaminya sebelum mendengar lelaki itu berbual dengan wanita lain menerusi telefon.

Dia menegur perbuatan suaminya itu, namun lelaki itu tidak boleh menerimanya, lalu memukul mangsa.

Mangsa dipukul tanpa henti hingga hampir pitam.

Tidak tahan dengan sikap panas baran suaminya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Palembang, 27 November lalu.

"Saya dicekik sampai lebam dan dipukul berkali-kali. Dia banyak kali ditegur (rahsianya dengan wanita lain), tetapi dia selalu marah dan kali ini saya dipukul," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 6:02 AM