SUSPEK yang ditahan kerana dipercayai menjual surat perakuan palsu ujian saringan Covid-19. FOTO Agensi
SUSPEK yang ditahan kerana dipercayai menjual surat perakuan palsu ujian saringan Covid-19. FOTO Agensi
Agensi

Surabaya: Seorang mahasiswa mahu mencari wang mudah dengan menjual surat perakuan palsu ujian saringan Covid-19.

Lelaki berusia 24 tahun itu dikesan mempromosikan perkhidmatan berkenaan menerusi laman Facebook (FB).

Malah, siasatan mendapati suspek turut menjual surat palsu itu kepada 24 petugas pusat pengundian ketika pilihan raya daerah, pada Disember lalu.

Pengarah Penyiasatan Jenayah Khas Polis Daerah Jawa Timur, Farman berkata, suspek menjual surat berkenaan dengan harga 50,000 rupiah (kira-kira RM14) kepada sesiapa yang mahukannya.

"Siasatan lanjut mendapati 24 petugas pusat pengundian itu diterima bertugas dengan mengemukakan surat palsu berkenaan.

"Mereka membeli surat itu selepas membaca tawaran diiklankan suspek menerusi FBnya pada 25 Disember lalu," katanya seperti dilaporkan portal Kompas.com.

Katanya, suspek memaklumkan individu yang mahu mendapatkan surat pengesahan itu tidak perlu menjalani ujian klinikal yang mahal.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 6:30 AM