GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

Jeddah: Seorang lelaki tergamak meminta isterinya membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk menikahi wanita lain.

Memberikan alasan terdesak melunaskan hutang, perancangan itu bagaimanapun diketahui wanita terbabit yang dimaklumkan saudara terdekat.

Gulf News melaporkan wanita itu diminta membuat pinjaman berjumlah 120,000 riyal (kira-kira RM130,000), kononnya untuk menjelaskan hutang.

Dia mengambil keputusan untuk bersemuka dengan suaminya yang pada awalnya menafikan perkara itu.

Lelaki itu mendakwa bahawa dia diancam akan diberhentikan kerja, menyebabkan isterinya membuat pinjaman peribadi untuk membayar hutang.

Selepas beberapa minggu, isterinya mendapat tahu perkara itu dan memintanya berterus terang, namun dinafikan.

Akhirnya dia mengaku akan bernikah dengan wanita lain, dalam masa terdekat.

Selepas enggan mengembalikan wang itu, isterinya memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2021 @ 6:01 AM