Penunjuk perasaan membantah layanan diberikan kepada wanita dan bayi baru dilahirkannya sebelum perdana menteri mengumumkan perletakan jawatannya. FOTO AFP
Penunjuk perasaan membantah layanan diberikan kepada wanita dan bayi baru dilahirkannya sebelum perdana menteri mengumumkan perletakan jawatannya. FOTO AFP
BERNAMA

Ulan Bator: Parti Rakyat Mongolia bersidang pada Jumaat untuk memilih calon perdana menteri baharu selepas pembubaran kerajaan, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pada Khamis, Perdana Menteri Ukhnaa Khurelsukh mengusulkan pembubaran kerajaannya selepas dua menteri meletakkan jawatan di tengah tekanan sosial serta tunjuk perasaan awam dan usul itu diluluskan parlimen.

Protes tercetus di Ulan Bator selepas rakaman televisyen menunjukkan keadaan seorang pesakit Covid-19 yang baru bersalin bersama bayinya yang dilahirkan pada Selasa dipindahkan dari hospital ke kemudahan kuarantin.

Ibu itu hanya berbaju hospital dan berselipar plastik dalam cuaca sejuk.

Kerajaan pimpinan Khurelsukh dibubarkan kira-kira tujuh bulan selepas penubuhannya dan julung kali dalam sejarah negara sebuah kerajaan berundur secara sukarela.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 3:41 PM