PETUGAS kesihatan bersedia melakukan ujian saringan di Hong Kong. FOTO AFP
PETUGAS kesihatan bersedia melakukan ujian saringan di Hong Kong. FOTO AFP
AFP

Hong Kong: Pihak berkuasa Hong Kong pada Sabtu mengarahkan sebuah kawasan kejiranan yang padat di wilayah berkenaan dikenakan sekatan pergerakan (lockdown).

Ia adalah perintah lockdown kali pertama dikuatkuasakan di wilayah berkenaan sejak penularan Covid-19.

Perintah itu akan membabitkan kira-kira 10,000 penduduk di perumahan bertingkat di kejiranan Jordan, daripada keluar rumah, melainkan mereka dapat mengemukakan keputusan negatif Covid-19

Menurut pihak berkuasa, semua individu di kejiranan terbabit perlu menjalani ujian saringan dalam tempoh 48 jam.

Ia bagi mencapai matlamat 'sifar Covid-19' di kawasan kejiranan yang dapat penduduk di semenanjung Kowloon itu.

Portal South China Morning Post melaporkan perintah berkenaan akan membabitkan 150 blok kediaman, dengan polis kini melakukan kawalan di kawasan berkenaan.

Sebelum ini, Hong Kong berjaya mengawal penularan Covid-19 dengan jumlah kes di bawah 10,000 dan 170 kematian,

Ia menerusi perintah penjarakan sosial, pada tahun lalu.

Bagaimanapun, sejak bulan lalu, ia dilanda gelombang keempat penularan Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 11:49 AM