GAMBAR fail, bendera UAE (atas) dan Isreal (bawah). FOTO AFP
GAMBAR fail, bendera UAE (atas) dan Isreal (bawah). FOTO AFP
AFP

Abu Dhabi: Emiriah Arab Bersatu (UAE) meluluskan pembukaan kedutaan pertama negara itu di Israel, selepas lebih empat bulan menandatangani perjanjian normalisasi dengan negara Yahudi itu.

"Kerajaan menyetujui pembentukan kedutaan Emiriah Arab Bersatu ke Tel Aviv di Israel," demikian ciapan Kementerian Luar negara itu di Twitter.

UAE dengan Bahrain menandatangani perjanjian bersama Amerika Syarikat September lalu untuk menormalkan hubungan mereka dengan Israel.

Perjanjian itu yang dikenali sebagai Perjanjian Abraham menamatkan konsensus Arab yang tidak mahukan normalisasi dengan Israel sehingga mencapai kesepakatan damai yang komprehensif dengan Palestin.

Palestin mengecam perjanjian itu yang disifatkan sebagai tindakan 'tikam belakang'.

Awal bulan ini, Sudan menjadi negara Arab ketiga yang sudah menandatangani perjanjian itu dan negara keempat menormalkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Maghribi juga menormalkan hubungan dengan Israel pada Disember lalu, dalam pro quo (membalas sokongan) diplomatik yang menyaksikan Washington menyokong pemerintahan Maghribi ke atas wilayah Sahara Barat.

Sehingga tahun lalu, sebelum keputusan itu dibuat negara Arab, hanya Mesir pada 1979 dan Jordan pada 1994 yang menormalkan hubungan dengan Israel.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 1:05 PM