MOHAMED Aliwa aktif dalam sukan parkour sejak kaki kanan dipotong.
MOHAMED Aliwa aktif dalam sukan parkour sejak kaki kanan dipotong.
AFP

Gaza: Hanya dengan menggunakan tongkat, Mohamed Aliwa melompat dari satu dinding konkrit ke dinding yang lain.

Walaupun hanya memiliki satu kaki, itu tidak menghalang remaja Palestin ini untuk aktif dalam sukan parkour sejak kaki kanannya itu dipotong sehingga paras lutut pada 2018.

Aliwa kehilangan kaki kanannya itu selepas dia terkena tembakan tentera Israel ketika tunjuk perasaan di sepanjang sempadan kubu yang memisahkan Semenanjung Gaza dengan Israel.

Sejak itu, impiannya untuk menjadi atlet parkour profesional terkubur, katanya kepada AFP.

Tetapi melihat rakannya melompat dari satu halangan ke halangan lain, remaja berusia 18 tahun itu yang kadang-kadang menggunakan kaki kanan palsu dan menyifatkan kecacatan itu tidak boleh menghalang impiannya beraksi dalam sukan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2021 @ 6:31 AM