WABAK Covid-19 pertama kali dikesan di pasar basah Wuhan pada penghujung 2019 dan kini ia merebak ke hampir semua negara seluruh dunia. FOTO AFP
WABAK Covid-19 pertama kali dikesan di pasar basah Wuhan pada penghujung 2019 dan kini ia merebak ke hampir semua negara seluruh dunia. FOTO AFP
AFP

Geneva: Panel Bebas Untuk Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Pandemik merumuskan China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sepatutnya mengambil tindakan pantas pada peringkat awal penularan Covid-19.

Menurut penilaian pada peringkat permulaan krisis itu dikesan di China, terdapat potensi untuk petanda awal wabak berkenaan ditangani segera.

Dalam laporan kedua yang akan dibentangkan kepada lembaga eksekutif WHO semalam, ahli panel memaklumkan langkah pengawalan sepatutnya diambil dengan pantas di semua negara yang terdedah dengan jangkitan wabak berkenaan.

Wabak Covid-19 pertama kali dikesan di pusat bandar Wuhan pada penghujung 2019 sebelum menular di kebanyakan negara di dunia.

Panel itu turut berpandangan, sewajarnya langkah perketatkan kesihatan awam dilaksanakan di China pada Januari 2020.

Laporan itu turut mengkritik WHO kerana melambatkan proses kawalan wabak dengan menuding jari kepada agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu kerana tidak menubuhkan jawatankuasa kecemasan sehingga 22 Januari 2020.

Selain itu, WHO juga lewat mengumumkan darurat kesihatan awam global yang hanya diisytiharkan seminggu berikutnya.

WHO turut dikritik kerana terlalu lambat untuk mengesahkan penularan virus itu sebagai satu krisis antarabangsa, memaklumkan ia boleh berjangkit melalui udara dan mencadangkan pemakaian pelitup muka.

Panel bebas yang diketuai bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark dan bekas presiden Liberia, former Ellen Johnson Sirleaf, memulakan penilaian pada Julai lalu selepas WHO memohon satu analisa yang tidak berat sebelah, bebas dan menyeluruh terhadap tindak balas wabak berkenaan.

Hanya selepas lebih setahun sejak kes pertama dikesan di China, pakar bersetuju jumlah rasmi iaitu lebih dua juta kematian dan hampir 100 juta jangkitan adalah sesuatu yang diremehkan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 7:25 AM