Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my


Aidilfitri tidak lengkap tanpa hidangan enak seperti rendang, ketupat, sate dan juga kek. Aroma semerbak sajian yang dimasak membangkitkan selera dan membuatkan anak tidak sabar untuk menikmatinya.

Menerusi peralatan memasak Panasonic seperti ketuhar Cubie, pengisar berkuasa tinggi, periuk nasi IH, steam microvawe convention oven dan peti sejuk bukan saja memudahkan tugasan anda bahkan hidangan boleh disediakan dalam tempoh yang singkat.

Tiada boleh lagi memberi alasan anda tidak tahu memasak kerana teknologi dalam pembuatan setiap produk menjadikan makanan lebih lazat dan kekal berkhasiat.

1. Ketuhar Cubie

Dengan pelbagai juadah yang perlu disediakan serentak, biasanya wanita memilih untuk berada di dapur dari awal pagi kerana mereka perlu menunggu peralatan dibersihkan sebelum menggunanya semula. Menerusi ketuhar Cubie semua jenis hidangan dapat disediakan sama ada menerusi kaedah bakar, panggang, kukus, menggoreng dan fermentasi dengan gaya yang cukup ‘elegan’. Ia mudah dibersihkan dan diguna semula manakala makanan boleh disediakan dengan cara yang sihat.

2. Pengisar berkuasa tinggi

Makanan dan minuman berkhasiat penting untuk menjaga kesihatan badan. Cara yang lebih mudah menikmatinya ialah dengan menghasilkan jus buah sendiri di rumah. Antaranya jus epal, lobak merah atau campuran buah-buahan dan sayur-sayuran seperti pisang, betik bersama tomato.

Untuk kekal sihat, segar dan enak, pengisar berkuasa tinggi dihasilkan bagi mengisar bahan mengikut resipi yang pilihan. Dengan satu sentuhan menu automatik ia memudahkan pengguna mengisar bahan dengan selamat dan mudah.


PARASETAMOL ubat tahan sakit bagi kesakitan ringan hingga sederhana.

3. Periuk nasi IH

Memasak nasi dalam kuantiti yang banyak tentunya memenatkan.

Apatah lagi ketika tetamu datang silih berganti pada hari raya pertama. Periuk nasi IH memudahkan kerja di dapur apabila ia bukan saja digunakan untuk memasak nasi, tetapi juga ketupat. Selepas memasak makanan kekal suam sepanjang masa.

4. Ketuhar kombinasi stim econavi

Kebiasaannya sate dibakar di atas pemanggang menggunakan bara api, tetapi untuk kekal sihat sate ayam kini boleh dimasak menggunakan steam microvawe convection oven. Ia bukan saja mesra alam, malah membantu menjimatkan elektrik apabila mod econavi dan auto cook digunakan. Ia menjadikan makanan lebih lazat dan meninggalkan aroma yang cukup menyelerakan.


KHAIRUL (kiri) bersama Mary (tengah) serta Thravin pada taklimat menyanggah mitos dan fakta, mengenai parasetamol baru-baru ini.

5. Peti sejuk pelbagai pintu

Jika tidak disimpan dengan baik dan dalam bekas bertutup, bau makanan dalam peti sejuk boleh bercampur dan meninggalkan rasa yang kurang enak. Inilah sebabnya semua jenis makanan dan minuman perlu disimpan dalam bekas bertutup rapat dan kedap udara agar tidak rosak. Penggunaan teknologi nano dalam ruang penyimpanan menjadikan makanan lebih segar dan tahan lama. Peti sejuk ini mempunyai Prime Fresh yang membekukan makanan pada lebih kurang -3 darjah celsius.

Walaupun makanan masih beku ia tidak sukar disediakan. Makanan sejuk beku masih berada dalam keadaan baik, bernutrisi rasa dan tekstur. Tidak perlu mencairkan sebelum dimasak kerana ia mudah dipotong dan dimasak segera.

Untuk idea resipi juadah raya layari http://cooking.my.panasonic.com/. Untuk informasi mengenai promosi layari http://www.panasonic.com.my/.

Rendang Ayam

Bahan-bahan

• 3 sudu besar ketumbar

• 1½ sudu besar jintan manis

• 1½ sudu besar jintan putih

• 125ml minyak masak

• 1kg kepingan ayam

• 200ml santan

• 2 keping asam gelugur

• 2 helai daun kunyit, dihiris halus

• 100g kerisik kelapa

• 2 sudu besar gula merah

• Garam secukup rasa

Bahan A (untuk dikisar):

• 15-20 tangkai cili kering, direndam dalam air panas

• 2 biji bawang besar

• 8 biji bawang merah

• 4 ulas bawang putih

• 5cm halia

• 5cm lengkuas

• 5cm kunyit

• 2 batang serai

• 5 biji buah keras

Cara membuatnya:

1. Satukan ketumbar, jintan manis dan jintan putih di dalam mangkuk ketuhar gelombang mikro.

2. Letak di dalam Panasonic Microwave Oven (NN-CS894B) dan tetapkan Micro Power - High (1000Watt).

3. Masak selama satu minit atau sehingga rempah berbau harum. Letak di dalam Panasonic Mixer Grinder (MX-AC400) dan kisar menjadi serbuk.

4. Masukkan semua bahan A dalam pengisar dan kisar hingga menjadi pes halus. Tambah sedikit minyak jika perlu.

5. Di dalam bekas kaserol, letak minyak, bahan kisar dan rempah kisar. Masak selama enam minit dengan Micro Power - High mode, kacau setiap tiga minit.

6. Masukkan ayam dan kacau. Masak selama lima minit.

7. Tuangkan santan, asam gelugur dan kacau. Masak selama enam minit, kacau selepas tiga minit.

8. Masukkan kerisik, daun kunyit dan kacau. Teruskan memasak selama empat minit.

9. Tambah gula merah dan garam. Kacau rata. Akhir sekali, masak empat minit lagi dan hidangkan.

Brownies Coklat

Bahan-bahan:

• 100g tepung serba guna

• 1 sudu besar serbuk koko

• ¼ sudu kecil garam

• 113g mentega tawar (mentega tanpa garam), tambahkan secukupnya untuk menyalut bekas pembakar atau loyang

• ¾ sudu kecil serbuk espreso segera

• 140g coklat masakan, dipotong kecil

• 150g gula halus

• 55g gula perang

• 3 biji telur ayam

• 1 sudu kecil ekstrak vanilla

• 115g cip coklat kurang manis

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar gelombang mikro kepada ‘Oven’, tetapkan suhu kepada 1800C dan tekan ‘Start’. Oleskan mentega ke dalam bekas pembakar atau loyang. Alaskan dengan kertas memasak dan biarkan lebihan kertas berjuntai di sisi bekas. Sapukan mentega di atas kertas memasak.

2. Gaulkan tepung, serbuk koko dan garam di dalam mangkuk adunan dan ketepikan. Cairkan campuran mentega dan serbuk espreso dalam kuali menggunakan haba rendah dan kacau sehingga mentega cair.

3. Tambahkan coklat masakan dan kacau sehingga campuran sebati. Alihkan daripada api dan tambahkan kedua-dua gula dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sejuk sedikit.

4. Gaulkan telur dan ekstrak vanila ke dalam adunan coklat itu dan terus kacau adunan sehingga sebati. Tambahkan tepung kepada adunan dan gaul sehingga sebati. Tambahkan cip coklat.

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan bahagian atas adunan dengan sudip bergris. Bakar selama 25 hingga 30 minit dalam ketuhar gelombang mikro yang dipanaskan terlebih dahulu atau sehingga sebatang pencungkil gigi boleh dimasukkan di tengah-tengah adunan dan apabila dikeluarkan tiada adunan yang melekat padanya.

6. Biarkan brownies sejuk. Potong kepada kepingan segi empat dan hidangkan dengan aiskrim vanila.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 7:02 AM