BAHAN utama untuk ayam halia
1. PANASKAN minyak. Tumis halia, bawang Holland dan bawang putih. Kacau sehingga naik bau.
2. MASUKKAN isi ayam yang sudah ditoskan.
3. MASUKKAN cili kering, cili padi, serai dan saderi. Kacau sebati.
4. MASUKKAN sos tiram dan kicap manis. Kacau perlahan-lahan sehingga kuahnya kering. Masukkan daun bawang dan perisa.
5. ANGKAT dan hiaskan dengan hirisan lobak merah dan daun bawang.
CEF Elmivy menunjukkan ayam halia sos tiram yang disediakannya.
Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my


Kenaikan kos sara hidup menyebabkan ramai mengambil peluang memasak sendiri di rumah. Selain menjimatkan perbelanjaan, menyediakan hidangan sendiri lebih menyihatkan.

Untuk ibu berkerjaya, memasak menu mudah di rumah dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu berada lama di dapur. Makanan berasaskan sumber protein seperti ayam cukup untuk hidangan seisi keluarga bersama sayur-sayuran sebagai sumber vitamin.

Antara resipi mudah yang boleh disediakan adalah ayam masak halia dengan sos tiram sebagai bahan utama. Menurut Cef dari Hotel RHR, Universiti Tenaga Nasional, Kajang Elmivy Johnny Balan, hidangan berasaskan ayam sesuai untuk seisi keluarga. Apatah lagi apabila dimasak menggunakan gaya masakan Cina iaitu tanpa cili dan tidak terlalu pedas.

“Masakan berasaskan sos tiram sesuai dihidangkan untuk anak terutama yang tidak tahan pedas. Untuk disesuaikan dengan cita rasa Melayu, masukkan cili padi ke dalam resipi yang enak dijadikan hidangan seisi keluarga,” katanya yang menunjukkan langkah mudah menyediakan ayam halia.

BAHAN:

• 1 mangkuk kecil ayam dipotong nipis

• 3 sudu besar kicap manis

• 4 sudu besar sos tiram

• 4 ulas bawang putih dihiris

• 1 biji bawang Holland

• 1 inci halia dihiris halus

• 1 batang saderi

• 2 batang serai, dihiris

• 2 biji cili padi, dibelah dua

• Beberapa tangkai cili kering, dipotong kasar

• Daun bawang

• Garam secukup rasa

• Minyak untuk menumis

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Ogos 2017 @ 1:42 PM