PELBAGAI hidangan ala carte di Hotel Sunway Putra.

Bermula 1 Ogos lalu, Coffee House Hotel Sunway Putra menyediakan hidangan lazat menu ala carte dengan kepelbagaian juadah tempatan dan antarabangsa.

Antara menu utama yang pastinya menjadi kegemaran pelanggan termasuk nasi udang kara kanton, nasi lemak gunung berapi, char kuetiau Pulau Pinang, mi mamak, chicken chop, burger klasik (pilihan ayam atau daging), nasi ayam Hainan dan spageti aglio olio.

Di samping itu, turut disajikan sebagai menu hidangan tengah hari adalah set lengkap dengan juadah utama dan pencuci mulut bersama secawan teh atau kopi bermula pada jam 12 tengah hari sehingga 2.30 petang.

Menu lain yang mendapat perhatian ramai termasuk kari kepala ikan yang disediakan oleh Cef Eksekutif Rossham Rusli dan pasukannya. Mengakhiri hidangan yang sempurna adalah aneka pencuci mulut seperti jeli laici oren, panna cotta, kek coklat, ais kacang dan buah-buahan campuran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 September 2017 @ 10:20 AM