SESUAI untuk individu yang gemar bersukan.
Siti Nadirah Hafidzin


Direka khas untuk memupuk semangat cintakan sukan menjadikan koleksi jersi Malaysia Tanah Tumpah Darahku by Furby & Sugar Fitness daripada jenama Furby & Sugar antara yang perlu dimiliki.

Jersi ini dihasilkan menggunakan warna yang terdapat pada bendera Malaysia dan bilangan jalur gemilang.

Menurut pengasas Furby & Sugar Januar Haikal Shamsudin, jenamanya sebelum ini lebih dikenali dengan penghasilan kemeja-T kapas dengan cetakan emas di bahagian leher.

“Kami mengorak langkah ke hadapan dengan menghasilkan koleksi jersi Malaysia ini untuk pencinta dunia sukan dan kecergasan.

“Menggunakan material jenis Neoprene yang juga material sama digunakan untuk semua jersi ragbi menjadikan koleksi kami antara jersi terbaik dan berbaloi untuk dimiliki,” katanya.


DIHASILKAN menggunakan material berkualiti dan tahan lama.

Januar Haikal berkata, material yang digunakan setanding dengan jersi keluaran syarikat sukan gergasi lain kerana ketahanan fabrik dan kemampuan menyerap peluh di samping tahan lama.

“Kami mensasarkan golongan yang cintakan sukan selain individu yang mahukan jersi berbeza khususnya bagi memenuhi keinginan pengumpul jersi.

“Jersi ini kini dijual pada harga promosi iaitu RM90 dan harga asalnya pada RM120,” ujarnya.

Tambahnya, ia juga didatangkan dalam pilihan saiz bermula XS hingga 4XL.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2017 @ 9:45 AM