TERAPI Ee membantu menghilangkan tompok penuaan.
RUANGAN menunggu dan konsultasi menyambut mesra pengunjung.
Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my

Sekali sekala membelai wajah di spa pasti memberi kepuasan apatah lagi jika saban hari berdepan hiruk pikuk kesibukan dan pencemaran di kota. Bayangkan pengalaman mendapat rawatan muka yang menumpukan kepada perasaan dan kesejahteraan, bukan hanya wajah semata-mata.

Spa rawatan muka terkenal di Malaysia, Spa Rawatan Muka Herbaline dilengkapi persekitaran dan perkhidmatan seperti spa untuk mengusik deria, membuat anda rasa awet muda dan merangsang kesejahteraan dan kecantikan dari dalam ke luar.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke pusat rawatan muka mesra masyarakat ini, anda akan berasa seperti berada di pusat peranginan. Persekitaran dalam dan luar banglo yang diubah suai menjadi spa rawatan muka ini menerapkan unsur zen, keharmonian dan terapeutik yang menyegarkan fikiran dan badan, mengulit jiwa dan menceriakan perasaan.

Sesi perundingan di ruang rehat yang santai membawa anda ke dunia rawatan muka dengan sentuhan kelainan. Perjalanan bermula dengan berjalan di laluan batu kerakal dan batu buntar yang sengaja disediakan untuk memperlahankan langkah anda memberi bayangan bahawa di tempat ini pengunjung tidak boleh terburu-buru dan anda perlu relaks untuk mengecap nikmat sepenuhnya daripada rawatan muka yang diberikan.

Meneruskan perjalanan seterusnya, pengunjung disambut dengan rawatan spa kaki garam laut yang melegakan, aromaterapi serai dan minuman teh spa kecantikan sebelum mencelup kaki ke dalam kolam refleksologi spa ikan.

Ikan bermutu tinggi yang diimport ini menguit, menggigit manja dan bermain dengan jari kaki pengunjung, menjentik minda dan badan, seterusnya mencetuskan penghasilan hormon kegembiraan yang membuai perasaan.

Ini disusuli dengan rawatan muka dengan produk jenama spa itu dengan aneka herba asli dan digabungkan dengan teknologi terkini tanpa penggunaan AHA dan pengelupasan kulit.

Ia menawarkan rawatan semula jadi yang menyegarkan, tidak berminyak dan terasa ringan. Sebanyak lapan jenis rawatan muka profesional untuk semua jenis kulit disediakan di sini, menggunakan kombinasi urutan timur dan teknik barat yang dicipta khas untuk kulit Asia pada harga antara RM69 hingga RM149.

Pembukaan spa ini mencerminkan kefahaman, kepintaran dan kepekaan dalam menangani sentimen pasaran dalam masyarakat yang semakin mementingkan kecantikan dan kesihatan.

Kehidupan moden membawa banyak tekanan dan menghakis keremajaan dan kecantikan kita. Memandangkan tekanan dan kecantikan saling berkait, spa ini menawarkan beberapa rawatan muka pada harga termampu dalam persekitaran terapeutik.

Salah satu rawatan terbaru adalah Ee treatment, rawatan sasaran yang berkesan untuk menghilangkan kecelaan kulit paling ketara dengan mudah. Rawatan hasil daripada penyelidikan dan ujian selama lebih 20 tahun ini menggabungkan krim herba yang kesemuanya daripada sumber asli, khususnya daripada ekstrak pokok gajus, dengan prosedur yang teruji dan terbukti, yang dicipta untuk menghapuskan segala bentuk kecelaan kulit paling degil termasuk kutil, siringoma, sista minyak dan tempel kulit.

Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.herbaline.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 12:31 PM