HM Digital

Arang adalah bahan aktif yang mempunyai pelbagai kelebihan termasuk dalam bidang kecantikan. Ia digunakan secara meluas dalam bidang ini berikutan keupayaannya menyingkirkan kotoran pada kulit.

Lovera, jenama popular kosmetik semula jadi baru-baru ini memperkenalkan Akar.Co Skin Polisher Arang 2 dalam 1. Ia adalah campuran arang aktif dengan minyak jojoba, minyak argan, minyak pudina dan aloe vera yang bukan saja bertindak membersihkan kotoran pada wajah, tetapi melembutkan, mencerah serta menyuburkan kulit.

Pengasas Lovera, Nor Dayana Mohd Zaini Wong berkata, arang aktif dipilih menjadi bahan utama kerana berupaya menarik kotoran di permukaan kulit, menghalang pertumbuhan jerawat, menghilangkan bintik hitam serta membantu pemakai mendapatkan kulit muka sempurna.

“Minyak jojoba berfungsi sebagai pelembap kulit, mengawal minyak serta mengelakkan jerawat, manakala minyak argan pula terkenal dengan kesan pembaikan luar biasa terhadap kulit kering dan rosak. Ia mampu melindungi dan mengekalkan keremajaan kulit.

“Sementara minyak pudina pula memberi sensasi penyejukan dan kesan menenangkan pada wajah. Hasil penggunaan produk ini secara berterusan, kulit akan lebih sihat, cerah berseri dan bebas cela,” katanya.

Tambah Nor Dayana, produk berkenaan unik kerana teksturnya boleh dibentuk mengikut keutamaan pemakai. Hanya tambah lebih air untuk tujuan pembersihan dan pengelupasan lembut atau kurangkan air untuk kesan skrab yang berkesan.

Produk ini sesuai digunakan lelaki dan wanita. Ia boleh didapati dalam saiz 100 gram menerusi laman web atau ejen sah yang dilantik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Februari 2018 @ 10:00 AM