SET penjagaan daripada pati bunga-bungaan.
SET penjagaan daripada pati bunga-bungaan.
Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my


Jenama penjagaan kulit premium Miss Orkid memperkenalkan set penjagaan wajah terbarunya mengandungi pati bunga-bungaan. Bukan saja membantu kulit kering dan berminyak, set penjagaan wajah ini juga berupaya mencerahkan wajah kusam kesan selaran matahari atau berpunca daripada penggunaan produk mengandungi merkuri.

Menurut pengasas jenama, Norlida Abdul Malik, dia sendiri mencuba sampel produk berkenaan selama setahun untuk memastikan ia selamat digunakan sebelum dipasarkan.

“Set penjagaan ini terdiri daripada sabun dan tiga jenis krim berbeza. Love Purple Bar adalah sabun pembersih wajah yang bebas SLS (sodium lauryl sulfate). Ia mengandungi vitamin E untuk membantu menangani kesan penuaan serta manik halus dipanggil Jojoba Blink yang berfungsi menanggalkan sel kulit mati dengan lembut.

“Krim Pinky Beauty pula digunakan selepas pencuci muka. Krim ini bertindak seperti penyegar dan mampu mengecilkan pori wajah serta membantutkan pertumbuhan jerawat. Menariknya, pelembap wajah ini menggabungkan ekstrak teratai, magnolia, lili dan peony,” katanya.

Dua lagi krim untuk meremajakan kulit pada siang dan malam. Ia mengandungi pelbagai tumbuhan termasuk timun, aloe vera, kamomil dan suponaria, sejenis bunga herba di kawasan pergunungan di Eropah.

Hapuskan jerawat

Eucerin, salah satu jenama dermo-kosmetik dipercayai seluruh dunia menghasilkan produk antijerawat yang bukan saja menyuburkan kulit, malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut.

Eucerin ProACNE Solution AI Clearing Treatment diformulasikan dengan bahan aktif yang berkesan mengurangkan jerawat dalam tempoh hanya dua minggu tanpa mengeringkan kulit.

Mengandungi 10 peratus hydroxy complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone), ia membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat dan menanggalkan sel kulit mati.

Bahan antiradang, licochalcone A membantu mengurangkan kerengsaan dan kemerahan pada wajah. Sementara dexpanthenol yang terhasil daripada vitamin B5 bertindak sebagai pelembap, mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit serta melindunginya daripada pencemaran alam sekitar. Produk ini boleh didapati di farmasi seluruh negara pada harga disyorkan iaitu RM62.

Lindungi kulit sensitif

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai kelebihan Hada Labo Mild & Sensitive Skin Face Wash. Pencuci muka ini diformulasi dengan ekstrak licorice, calendula dan daun ginko biloba yang kaya dengan sensasi menenangkan untuk meredakan kulit sensitif.

Lebih daripada itu, kandungan herba semula jadi dalam pencuci muka ini membantu mengatasi iritasi kulit dan kesan kemerahan pada wajah.

Kulit bukan saja dilindungi, malah kandungan antioksidan membantu melambatkan proses penuaan wajah. Pencuci muka ini bebas wangian, pewarna alkohol dan minyak mineral.

Wajah berseri

EXACT FIT Cushion Foundation keluaran Amway ini dirumus untuk kesempurnaan dan boleh disapu berlapis-lapis. Menariknya, teknologi PerF3ct yang dipatenkan untuk produk ini mampu menonjolkan wajah berseri secara semula jadi.

Adunan pewarnanya disaluti asid amino yang memberikan kesan sekata dan sempurna.

Produk ini menjadi bualan sejak dilancarkan berikutan mampu menghidrat dengan air Fjord Norway yang segar, dikapsulkan dalam sistem penghantaran liposom yang disasarkan untuk infusi serta-merta terhadap kelembapan kulit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mei 2018 @ 10:27 AM