Peraduan Beli dan Menang Goodnite menawarkan hadiah berjumlah RM200,000.
Siti Nurazlinee Azmi


TILAM bukan sekadar alas tidur tetapi juga menjadi pengantara kepada pengguna untuk mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.

Justeru, pemilihan tilam adalah penting bagi memastikan tubuh badan berada dalam keadaan selesa sepanjang malam dan memberikan rasa segar selepas bangun tidur.

Goodnite Sdn Bhd, pembekal jenama tilam yang terkemuka Goodnite, menawarkan koleksi tilam yang berteknologi tinggi antaranya direka dengan anti-statik iaitu teknologi dari Belgium, Statfree®.

Ia menggunakan tenunan kain serat karbon bagi pembuatan fabrik tilam yang berfungsi untuk meneutralkan cas negatif badan dan memastikan pengguna dapat tidur yang berkualiti dan berfungsi anti habuk dan hama.

Antara siri yang menepati cita rasa pengguna ialah tilam Love Series yang menawarkan reka bentuk elegan dan praktikal dengan tiga pilihan berbeza iaitu Forever Love, Eternal Love dan True Love.

Bagi menghargai pengguna yang setia menggunakan tilamnya, Goodnite mengadakan “Peraduan Beli dan Menang” melalui cabutan bertuah bermula pada awal Julai lalu sehingga 31 Disember ini.

Peraduan ini boleh disertai menerusi pembelian produk Goodnite iaitu tilam Love Series saiz lima dan enam kaki atau tilam yang terpilih sahaja.

Caranya amat mudah iaitu dengan mengisi kupon yang disediakan selepas membeli tilam, kemudian mengambil gambar kupon berserta resit pembelian dan hantar gambar tersebut ke Goodnite Facebook messenger.

Pemenang cabutan bertuah bakal menerima hadiah sehingga RM200,000 iaitu hadiah utama kereta HR-V, tempat kedua akan menerima kereta Perodua Bezza, tempat ketiga Iphone X manakala cenderahati menerima wang tunai RM500 untuk lima puluh orang.

Keputusan cabutan bertuah akan diumumkan pada Januari 2019 dan sebarang penghantaran kupon berserta gambar selepas 31 Disember tidak akan diterima.

Keterangan lanjut boleh melayari laman web http://goodnite.com.my/buy-win, atau FB Goodnite https://www.facebook.com/MyGoodnite/ atau hubungi talian pelanggan di 03-32502218.

INFO

1. Forever Love

KUALA LUMPUR 24 JULAI 2018. Pembelian tilam Lover Series bersaiz 5' dan 6' atau tilam terpilih layak menyertai Peraduan Beli dan Menang Goodnite.

* Memberi keselesaan dan sokongan optimum kepada semua lapisan pengguna

* Gabungan material poket spring yang meminimumkan gangguan kepada pasangan

* Rekaan poket spring lima zon yang direka mengikut bentuk badan pengguna, sistem spring yang memberi dan kajian terkini menunjukkan foam diperbuat daripada organik kelapa sawit.

* Berfungsi anti hama dan habuk

* Saiz Queen (5’) RM4,399, saiz King (6’) RM5,199.

* Disertakan hadiah percuma bernilai RM2,522 iaitu satu lapik tilam StatFree®, dua bantal StatFree® lateks dan dua StatFree® kusyen kereta.

2. Eternal Love

KUALA LUMPUR 24 JULAI 2018. Pembelian tilam Lover Series bersaiz 5' dan 6' atau tilam terpilih layak menyertai Peraduan Beli dan Menang Goodnite.

* Tilam StatFree® dengan G-memory™ premium memori foam iaitu organik busa dari minyak kelapa sawit dengan lima zon poket spring.

* Ia direka untuk kesesuaian dan keselesaan badan. Pengguna dapat menikmati reka bentuk unik dan mudah lentur untuk sokongan tulang belakang badan.

* Jenis tilam: Tilam empuk, kukuh dan selesa.

* Harga: Queen (5’) RM3,399 dan King (6’) RM3,999

* Hadiah percuma bernilai RM1,735 iaitu satu lapik tilam StatFree® dan dua bantal StatFree® memo foam.

3. True Love

KUALA LUMPUR 24 JULAI 2018. Pembelian tilam Lover Series bersaiz 5' dan 6' atau tilam terpilih layak menyertai Peraduan Beli dan Menang Goodnite.

* Direka dengan StatFree® dan enam sistem gelung berganda (DPC) iaitu spring yang dipatenkan untuk tilam Goodnite.

* Tilam yang kukuh, amat sesuai untuk individu bertubuh besar dan obesiti kerana mampu menyokong berat badan tanpa menjejaskan struktur asal tilam.

* Menjadikan tidur lebih nyenyak dan menyokong tulang belakang

* Kekuatan tilam: Kukuh dan empuk.

* Harga: Queen (5’) RM1,999 dan King (6’) RM 2,399.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Julai 2018 @ 3:12 PM