Yusliza Yakimir Abd Talib

Siapa yang tidak inginkan kulit licin dan selembut sutera? Namun, tidak semuanya cukup bertuah dikurniakan kulit sihat, bermaya dan mulus tanpa jerawat, jeragat mahupun masalah kulit lain yang menjengkelkan.

Sebenarnya masalah jerawat, jeragat, kedutan, warna kulit tidak sekata dan sebagainya boleh ditangani dengan mudah tanpa kesan sampingan yang banyak sekiranya dirawat dengan betul atas nasihat pakar estetika atau pusat kecantikan bertauliah.

Hannan Medispa Wangsa Maju, Kuala Lumpur, menawarkan perkhidmatan yang dinamakan SilkPeel DermalInfusion khusus untuk merawat wajah yang bermasalah.

Menurut Pengarahnya, Nurul Huda Kosnon, teknologi dan rekaan ini satu kaedah rawatan yang menegangkan semula kulit wajah dan membantu menangani pelbagai masalah kulit tanpa perlu melakukan pembedahan.

Katanya, perawatan ini menggabungkan pengelupasan bukan invasif tanpa menggunakan bahan pengelupasan kimia yang boleh merosakkan kulit.

"Tidak perlu bimbang mengenai isu kulit gatal atau radang. Dalam masa kira-kira 20 hingga 30 minit, pengelupasan basah oleh SilkPeel ini memberikan kulit anda kesan selembut sutera, terhidrat, bersinar dan sihat.

"Ia prosedur menggabungkan penggunaan mesin ini dan rangkaian produk yang membantu membekalkan khasiat diperlukan kulit.

"Rawatan ini dilakukan oleh pakar atau terapi kecantikan terlatih dan tidak menyakitkan. Sesetengah rawatan memerlukan tempoh penyembuhan sekurang-kurangnya seminggu untuk kulit membina semula sel baru tapi sebaliknya bagi perawatan ini kerana kesan dapat dilihat sebaik rawatan selesai," katanya.

Istimewanya mengenai SilkPeel ini ialah penggunaan hujung aplikasi yang dilengkapi sistem vakum dan berlian gred perubatan yang berfungsi memaksimumkan penyerapan cecair daripada produk rawatan ke dalam kulit.

Hujung aplikasi itu juga menyedut sel kulit mati, bintik putih, bintik hitam dan cela serta lebihan minyak pada wajah.

"Selepas melalui rawatan yang pertama, proses untuk rawatan susulan juga semakin berkesan dan mudah.

"Rawatan ini sebenarnya sesuai untuk masalah kekeringan kulit, kecerahan tidak sekata dan kulit berjerawat, pigmentasi hiper dan selaran matahari. Selain itu, ia selamat untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

"Selepas rawatan, kulit akan terasa sedikit panas tapi tidak sakit dan lebih berseri, bagaimanapun kesan ini akan hilang selepas 30 minit, apa yang tinggal ialah kulit anda yang selicin dan selembut sutera," katanya.

Menariknya, rawatan ini hanya mengambil masa selama 30 hingga 45 minit dan kesannya boleh dilihat biarpun rawatan tidak mengambil masa yang lama.

Untuk rawatan ini, cecair solusi yang sesuai dengan jenis kulit akan digunakan dan ia terdiri dari beberapa jenis iaitu:

• Skin clarifying solution yang menggunakan asid salisilik untuk merawat jerawat pada wajah.

• Skin hydration formula untuk merawat kulit wajah kering, meningkatkan ketebalan epidermis dan mengurangkan garis halus dan kedutan.

• Lumixyl Pro-Infusion untuk merawat pigmentasi, tompok gelap dan membuat kulit wajah berseri dan bersinar.

• Vitamin C skin hydration solution untuk detoks dan memberi kesan keremajaan pada kulit wajah.

• Pore clarifying Pro-infusion membantu merawat jerawat dan mengurangkan keradangan.

Kebaikan rawatan

• Melicinkan kulit dan menghidrat untuk kilauan segar pada wajah.

• Menghilangkan kotoran pada liang pori wajah dan mengurangkan jerawat.

• Mencerahkan pigmentasi untuk kulit wajah yang seragam dan sekata.

• Antipenuaan dan faedah antioksida yang kuat.

Langkah rawatan


1. WAJAH dicuci dengan pembersih wajah.

2. WAJAH dibersihkan.

3. WAJAH diwapkan untuk membuka pori kulit.

4. APLIKASI radiance facial untuk menganjalkan wajah.

5. APLIKASI SilkPeel diurut di sekitar wajah dan bahagian bermasalah

6. TOPENG LED dipakaikan di wajah selama 15 minit

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Ogos 2018 @ 2:21 PM