SENTIASA pam losen di belakang tangan bagi memudahkan penggunaan. FOTO Aziah Azmee
SENTIASA pam losen di belakang tangan bagi memudahkan penggunaan. FOTO Aziah Azmee
Siti Zarinah Sahib

Ramai wanita mengabaikan sapuan losen disebabkan rasa melekit dan berminyak yang sering menghantui mereka. Namun jika ditanya kepada pakar kecantikan, losen sebenarnya sangat penting dan wajar dimasukkan dalam rejim penjagaan kulit kerana keutamaannya sama seperti penjagaan wajah.

Ini kerana kulit sentiasa terdedah kepada sinaran matahari, debu dan habuk. Bagi mereka yang bekerja dalam bilik berhawa dingin juga seharusnya menyapu losen pada kaki dan tangan agar kelembapan kulit sentiasa terpelihara.

Menurut Pengasas Wongi, Akidq Zhafran Azman, losen adalah komponen asas kepada penjagaan kulit setiap hari. Ini kerana lapisan epidermis membentuk perintang untuk melindungi lapisan kulit di bawahnya.

Perintang ini sering terganggu lantas menyebabkan fungsinya terjejas dan mengakibatkan kehilangan air.

GENGGAM jari untuk menegangkan kulit sebelum sapuan losen dilakukan. FOTO Aziah Azmee
GENGGAM jari untuk menegangkan kulit sebelum sapuan losen dilakukan. FOTO Aziah Azmee

“Oleh itu, pelembap kulit sangat penting untuk menjaga lapisan perintang ini bagi memastikan kulit kekal berseri. Untuk memastikan lembapan kulit kekal terpelihara losen seharusnya dibawa ke mana-mana dan diletakkan dalam beg tangan wanita.

“Sapu saja di tempat yang dirasakan perlu, tetapi sapuan ini mestilah dilakukan dengan cara yang betul,” katanya.

BENGKOKKAN siku agar kulit menjadi tegang dan losen mudah meresap ke seluruh kulit siku. FOTO Aziah Azmee
BENGKOKKAN siku agar kulit menjadi tegang dan losen mudah meresap ke seluruh kulit siku. FOTO Aziah Azmee

Ramai tidak tahu sapuan yang salah akan akan menyebabkan losen tidak berfungsi dengan baik. Sebaiknya skrub badan dulu agar losen mudah meresap ke dalam kulit kerana semua kotoran sudah dibuang.

“Paling penting perlu menegangkan kulit ketika membuat sapuan ini kerana sekiranya tangan diluruskan losen tidak akan terkena kepada seluruh kulit,” nasihatnya.

BENGKOKKAN kaki agar kulit lutut menjadi tegang sebelum sapuan losen dilakukan. FOTO Aziah Azmee
BENGKOKKAN kaki agar kulit lutut menjadi tegang sebelum sapuan losen dilakukan. FOTO Aziah Azmee

Akidq yang turut menghasilkan losen dan haruman dalam satu botol menjelaskan losen sesuai dipakai bagi individu yang sering ke luar negara. Ini kerana peralihan cuaca menyebabkan kulit menjadi terlalu kering.

“Jadi menerusi produk ini, saya ingin memenuhi keperluan wanita dan lelaki dengan menghasilkan tiga keutamaan dalam satu botol iaitu deodoran, haruman dan krim pelindung matahari,” katanya.

UNTUK bahagian tumit sapukan losen secara tetap supaya kulit merekah menjadi lebih lembut. FOTO Aziah Azmee
UNTUK bahagian tumit sapukan losen secara tetap supaya kulit merekah menjadi lebih lembut. FOTO Aziah Azmee

Tip memakai losen

1. Pakai losen selepas mandi

Ini kerana kulit masih lembap dan memudahkan losen menyerap ke dalam tubuh. Pastikan kulit tidak dibiarkan kering selama 30 minit tanpa sapuan losen.

2. Kulit terlalu kasar ketika memakai losen

Ramai wanita ingin cepat dan menyapu losen dengan kasar sehingga menyebabkan kulit terasa sakit. Gunakan dengan gerakan memutar dari mulai dari kaki hingga ke leher.

3. Frekuensi pemakaian sangat sedikit

Sama seperti pemakaian krim pelindung matahari losen harus diaplikasikan kepada tubuh. Ini kerana tubuh akan kehilangan kelembapan selama berada di rumah atau di luar rumah. Semakin selalu kulit terdedah kepada matahari atau salji semakin cepat tubuh menjadi kering dan mengalami dehidrasi.

Oleh itu sapukan losen setiap enam hingga tujuh jam sekali, terutama ketika berada di luar rumah. Akidq turut menunjukkan panduan yang betul memakai losen agar wanita dan lelaki mendapat manfaat daripadanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 January 2019 @ 3:09 PM