CANTIK dan manis dipandang. FOTO Saifullizan Tamadi
Siti Nadirah Hafidzin

RANTAI leher, gelang tangan, cincin dan anting-anting antara aksesori yang menjadi kegemaran setiap wanita tanpa mengira usia bagi melengkapkan penampilan supaya tampak lebih anggun.

Seiring naluri wanita yang sentiasa mahukan sesuatu yang cantik, Pandora menampilkan koleksi terbaru aksesorinya sempena sambutan hari kekasih 2019.

Meraikan cinta dalam pelbagai bentuk dan sudut, bermula dari cinta romantis terhadap pasangan, cinta dan sayang kepada diri juga persahabatan menjadikan koleksi ini antara yang manis dan sarat dengan rasa kasih sayang.

Dihasilkan daripada perak berkualiti tinggi, semua koleksi ini mempunyai keunikan dan keindahan tersendiri dalam menterjemahkan makna sebenar penghargaan kepada insan tersayang.

Cinta sejati bermula daripada hati, koleksi rantai perak bersalut emas 18K tampak sempurna dan sesuai untuk meraikan cinta yang ikhlas untuk diri sendiri.


KOLEKSI Pandora sempena hari kekasih 2019. FOTO Saifullizan Tamadi

Memberi kejutan kepada rakan baik dengan pemberian cincin istimewa yang mempunyai ukiran ‘Loved’ sangat memberi makna sebenar dalam bersahabat. Ia tentu saja satu pemberian yang sangat indah.

Selain itu, sekiranya anda tidak boleh berhenti memikirkan insan istimewa yang bertakhta di hati, memberitahu si dia mengenai perasaan anda dengan pemberian gelang tangan istimewa dilengkapi bentuk hati.

Terdapat pelbagai lagi koleksi aksesori menarik penuh bermakna untuk meraikan insan istimewa raikan dengan pemberian ikhlas melambangkan kasih sayang sebenar. Semua koleksi ini boleh didapati di butik Pandora dan secara atas talian.


KOLEKSI penuh makna kasih sayang. FOTO Saifullizan Tamadi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Februari 2019 @ 3:17 PM