OKSITOSIN ialah hormon yang memberi perasaan kasih dan sayang apabila ibu memeluk erat bayi atau ketika menyusukannya. -Dr Nurzarina Abdul Rahman
Setiap rangsangan menghasilkan hormon oksitosin sebagai penyumbang perasaan kasih sayang.
Intan Mas Ayu Shahimi

MENGURUT bayi sejak usia lahir tentunya menjadi momen terindah buat ibu bapa. Ketika semuanya masih terlalu baru buat si kecil, sentuhan ibu, usapan penuh kasih sayang dan urutan lembut boleh membantu mereka untuk tenang.

Sesetengah ibu bapa mungkin agak takut memulakan urutan kerana saiz fizikal bayi yang masih kecil, nampak lembut dan sukar untuk dikendalikan. Namun, percayalah urutan boleh membantu ibu bapa dan bayi itu sendiri untuk lebih memahami antara satu sama lain.

Ketika ibu mengurut bayi, mereka banyak berkomunikasi. Bermula dengan sapaan, sentuhan, pandangan, ciuman hingga berlangsungnya proses urutan, bayi akan berasa lebih tenang, selamat dan disayangi. Sementara ibu pula berkongsi manfaat lain termasuk ketenangan, kegembiraan, rasa bahagia dan bebas daripada tekanan.

Menurut Pengarah Perubatan Klinik Famili Gravidities, Dr Nurzarina Abdul Rahman, urutan bayi merangkumi pelbagai teknik indah yang dilakukan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Urutan dilakukan dengan lembut secara beritma dengan tangan ibu bapa atau ahli keluarga sendiri.

“Urutan yang lembut berupaya merangsang penghasilan hormon oksitosin dalam badan ibu, bayi dan suami, jika dia turut serta atau sedang memerhatikan. Oksitosin ialah hormon yang memberi perasaan kasih dan sayang apabila ibu memeluk erat bayi atau ketika menyusukannya.

“Sesetengah ibu bapa mungkin tidak berpeluang mengenali manfaat dan kelebihan urutan bayi secara dekat. Bahkan ada langsung tidak tahu pentingnya teknik urutan bayi yang betul untuk membantu si manja lebih tenang.

“Kali kita akan lihat apa sebenarnya manfaat urutan bayi. Ia bukan hanya untuk si manja, tetapi turut mempengaruhi kehidupan ibu bapa, keluarga dan komuniti secara keseluruhannya,” katanya.

MANFAAT KEPADA BAYI

Dr Nurzarina yang juga Pengajar Urutan Bayi dari International Association of Infant Massage (IAIM) berkata, terdapat empat kelebihan urutan kepada si manja iaitu melegakan, relaksasi, interaksi dan stimulasi.

Semua kelebihan ini saling berkait rapat. Ia membantu bayi untuk selesa, mendapatkan sokongan tumbesaran, kasih sayang, perhatian dan mengurangkan tekanan.

1. Melegakan

Sebagaimana orang dewasa, bayi juga mempunyai masalah sakit badan, mudah letih dan tertekan. Ketika fasa awal kelahiran mereka ke dunia, bayi kerap berdepan masalah kolik, kembung perut, dan sakit sendi (juga disebut sebagai ‘growing pain’) dan ketidakselesaan pada gusi.

Semua ini kadangkala menjawab kepada persoalan mengapa bayi kerap menangis dan merengek. Bagi membantu meredakan keadaan ini, ibu bapa boleh memulakan urutan bayi. Urutan tidak terhad kepada tangan, badan dan kaki, malah boleh dilakukan ke seluruh tubuh termasuk muka.

Perlu diketahui mengusap bayi atau menekan bahagian tubuh mereka bukanlah mengurut. Pelajari teknik urutan yang betul dengan pengajar terlatih untuk mendapatkan hasil terbaik.

2. Relaksasi

Ramai di antara kita cukup sukakan rawatan tubuh di spa. Bebas daripada gangguan dan tubuh boleh berehat sambil menikmati urutan menenangkan. Begitu juga halnya dengan bayi.

Urutan yang betul akan membuatkan mereka lebih tenang. Apabila otot bayi dalam keadaan relaks, secara tidak langsung mereka akan mendapat tidur yang berkualiti. Tingkah laku akan turut menjadi tenang dan mereka kurang menangis. Paling penting, hormon tekanan akan menurun.

3. Interaksi

Setiap kali adanya sentuhan, ketika itulah wujudnya interaksi antara bayi, ibu bapa dan keluarganya. Mengurut bayi lazimnya membantu mengeratkan lagi ikatan antara ibu bapa dan anak.

Apabila ibu bapa meluangkan masa melakukan urutan tubuh kepada bayi, mereka juga meningkatkan jumlah masa berkualiti bersama si kecil tersayang. Ketepikan gangguan telefon bimbit, kesibukan kerja dan perihal lain, sebaliknya fokus hanya kepada urutan bayi.

4. Stimulasi

Ramai ibu berpendapat urutan secara rutin boleh membantu merangsang pertumbuhan bayi. Pendapat itu tidak salah. Urutan dengan teknik yang betul boleh membantu melancarkan peredaran darah, meningkatkan sistem imun dan koordinasi tubuh serta merangsang saraf bayi. Sentiasa bantu bayi dan anak kecil mendapatkan rangsangan tubuh yang optimum melalui urutan bagi menyokong pertumbuhan mereka.

MANFAAT KEPADA IBU BAPA

Kata Dr Nurzarina, selain si manja, urutan bayi sebenarnya memberi faedah kepada banyak pihak. Ibu bapa selaku penjaga boleh lebih memahami perilaku dan keperluan bayi.

“Apabila kita minta kebenaran anak untuk mengurut tubuh mereka, itu adalah sebahagian daripada didikan untuk mengingatkan mereka terhadap pentingnya nilai saling menghormati.

“Selain itu, ibu bapa yang menjadikan urutan bayi sebagai rutin setiap kali bersama si kecil juga akan lebih berkeyakinan. Ibu bapa akan tahu bagaimana untuk mengendalikan emosi anak dan lebih memahami kehendak mahupun keperluan mereka. Interaksi dan hubungan rapat yang terbina sepanjang proses ini juga menjadikan mereka lebih mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Menyentuh kesan emosi, jelas Dr Nurzarina, rutin mengurut bayi biasanya memberi ruang untuk ibu bapa lebih relaks dan mudah melupakan tekanan yang dihadapi selepas seharian di pejabat.

“Ibu menyusukan yang kerap membelai bayi pula akan mudah merangsang pengeluaran hormon oksitosin. Ini sekali gus meningkatkan penghasilan susu ibu dan melancarkan proses penyusuan.

“Di samping ibu bapa, keluarga juga boleh mendapat manfaat daripada urutan bayi. Jika si kecil mempunyai kakak dan abang, mereka boleh diajar turut serta melakukan urutan lembut pada bayi. Ini boleh membantu mengurangkan rasa cemburu dan mendidik mereka saling menghormati antara adik-beradik.

“Di akhirnya nanti, hubungan positif inilah yang akan membantu membentuk masyarakat positif berkualiti, saling menyayangi dan menghormati, tinggi empati dan terpelihara daripada risiko keganasan,” katanya.

LANGKAH DEMI LANGKAH URUTAN BAYI

(Sumber: www.babycenter.com.my)

1. Kaki

Bahagian kaki sangat sesuai untuk memulakan urutan kerana kurang sensitiviti berbanding dengan anggota badan yang lain. Sapukan sedikit minyak pada salah satu bahagian paha dan turun ke bawah.


Models perform at the Cholita fashion show in Villa Esperanza in El Alto, outskirts of La Paz, November 18, 2015. Artisans who make clothes specifically for "cholitas," or women of indigenous Andean origin, showed their creations in El Alto. Picture taken November 18. REUTERS/David Mercado

I

Selang seli dengan satu lagi tangan seperti menyapu minyak di seluruh kakinya. Kemudian, lakukan pada kaki yang lain dan ulang urutan yang sama sebanyak tiga kali.

2. Tapak kaki

Pegang salah satu tapak kaki, pusing ke beberapa arah. Seterusnya urut tapak kaki bermula dari tumit kaki ke jari kaki.


SYAZWAN bawa watak Firdaus, orang kurang siuman yang suka mengemas surau.

Kemudian, lakukan pada kaki yang lain dan ulang urutan yang sama.

3. Tapak kaki bawah

Gunakan ibu jari untuk membuat bulatan pada tapak kaki. Ulangi langkah ini sebanyak tiga kali.


4. Jari kaki

Bagi urutan tapak kaki, gunakan hujung ibu jari dan bahagian hujung jari kedua, urut sehingga penghujung jari kaki. Ulangi langkah ini sebanyak tiga kali.


5. Lengan

Pegang salah satu tangan bayi, lakukan urutan sehingga ke pergelangan tangan. Selepas itu, pusingkan pergelangan tangan ke beberapa arah. Kemudian, lakukan pada tangan yang lain dan ulang urutan yang sama sebanyak tiga

kali.


6. Tangan

Lakukan pergerakan bulatan di atas tapak tangan bayi menggunakan ibu jari anda. Ulangi langkah ini sebanyak tiga kali.


LADANG bunga matahari, saujana mata memandang.

7. Jari tangan

Dengan perlahan, pegang salah satu jari lakukan urutan sehingga ke hujung jari dan lepaskan jari itu kembali ke posisi asalnya. Ulangi untuk kesemua jari tangan dan ibu jari sebanyak tiga kali.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 6:00 AM