PELANGGAN dapat menjimatkan masa untuk menghantar sendiri barangan sumbangan mereka.
PELANGGAN dapat menjimatkan masa untuk menghantar sendiri barangan sumbangan mereka.

RUANG untuk berbuat baik sentiasa terbuka walaupun ketika kita membeli barang keperluan harian. Lihat saja di mana-mana kedai dan pasar raya, ada saja tabung derma untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan tertentu.

Biasanya, kita memasukkan duit baki daripada pembelian ke dalam tabung berkenaan.

Bagaimanapun kini, syarikat penghantaran barangan runcit dalam talian, HappyFresh melancarkan ‘Ibu Charity Store’, satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang membolehkan pelanggan membuat pembelian barangan runcit untuk disumbangkan kepada rumah anak yatim terpilih di sekitar Lembah Klang.

Usaha ini akan memudahkan pelanggannya untuk menderma barangan runcit dengan berbelanja di Ibu Charity Store melalui aplikasi. Sebaik barangan dibayar, ia akan diagihkan kepada rumah anak yatim yang disenaraikan. Melalui cara ini, pelanggan dapat menjimatkan masa untuk menghantar sendiri barangan sumbangan mereka yang akan membuahkan senyuman di wajah penerimanya.

Menurut Pengarah Urusannya di Malaysia, Hu Hun Hui, aplikasi HappyFresh kini mengandungi lebih 300,000 pilihan produk dengan lebih 5,140 tawaran potongan harga meliputi semua kategori termasuk barangan segar, produk tenusu, telur, makanan kering dan dalam tin.

Bermula secara sederhana dengan menghantar barangan runcit segar dan terpilih daripada hanya 10 kedai runcit pada 2014. HappyFresh kini mempunyai 92 rakan niaga, 278 pasar raya dan kedai runcit serta peruncit seperti Tesco, Mydin, Giant, Cold Storage, Food Hall dan Mercato.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mac 2019 @ 7:30 AM