ANTARA inisiatif Sharala menerusi syarikatnya untuk wanita dalam bidang STEM.
Yusliza Yakimir Abd Talib


LEBIH 20 tahun lalu, wanita ini menyuarakan hasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan namun lumrah dibesarkan dalam keluarga tipikal yang mementingkan adat, budaya dan kekeluargaan, bidang seumpama itu dianggap kurang sesuai buat wanita.

Malah, figura penting di sebalik bidang sains data yang jarang dipelopori wanita di negara ini, Pengasas dan Ketua Eksekutif Pusat Kecemerlangan Sains Data (CADS), Sharala Axryd mengakui dia awalnya mendapat tentangan ibu untuk meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan.

Sebaliknya, ibunya lebih menggalakkan Sharala untuk menyambung pelajaran dalam bidang perguruan kerana baginya menjadi guru lebih mudah dan sesuai untuk wanita.

“Dilahir dan dibesarkan dalam keluarga India di Pulau Pinang yang dipenuhi adat resam dan budaya, kebanyakan ahli keluarga saya akhirnya bekerja di negeri itu selepas tamat pengajian.


SHARALA figura penting membangunkan bidang data sains di negara ini.

“Apabila saya nekad mahu meneruskan cita-cita, ibu memang risau dan pastinya soal perkahwinan menjadi fokus utama. Dia begitu bimbang tiada siapa yang mahu mengahwini saya kerana memilih bidang itu,” katanya.

Menurutnya, keadaan ini antara contoh bagaimana budaya boleh menjadi faktor terbesar yang menjadi penghalang wanita untuk membina kerjaya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Anak jati Bukit Mertajam ini berkata, kebimbangan ibunya adalah antara cabaran pertama yang perlu dihadapi dan pastinya dia tidak berseorangan dalam perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, dia berjaya memujuk ibu bapanya untuk merestui keputusan menyambung pengajian dalam jurusan kejuruteraan telekomunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sharala berkata, bukan mudah untuk dia menggapai impiannya itu. Usahawan yang memenangi pelbagai anugerah peringkat antarabangsa dan tempatan ini juga berdepan pelbagai cabaran selepas menamatkan pengajian.

“Bidang pengajian yang saya ambil itu memerlukan bekerja di syarikat telekomunikasi di ibu kota sebagai jurutera komunikasi.

“Sekali lagi, memang sukar ibu bapa mahu melepaskan saya bersendirian ke Kuala Lumpur, apatah lagi saya satu-satunya perempuan dalam keluarga yang bekerja jauh di ibu kota.

“Namun, mereka akur selepas melihat kesungguhan saya dan membuktikan mampu menjaga diri serta mencapai impian,” katanya.

Dengan minat mendalam terhadap sains data dan mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam bidang telekomunikasi, Sharala antara figura penting yang memimpin transformasi perniagaan yang didorong oleh data dan memacu penanda aras pendidikan sains data di rantau ASEAN.

Lebih 20 tahun lalu, wanita ini menyuarakan hasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan namun lumrah dibesarkan dalam keluarga tipikal yang mementingkan adat, budaya dan kekeluargaan, bidang seumpama itu dianggap kurang sesuai buat wanita.

Malah, figura penting di sebalik bidang sains data yang jarang dipelopori wanita di negara ini, Pengasas dan Ketua Eksekutif Pusat Kecemerlangan Sains Data (CADS), Sharala Axryd mengakui dia awalnya mendapat tentangan ibu untuk meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan.

Sebaliknya, ibunya lebih menggalakkan Sharala untuk menyambung pelajaran dalam bidang perguruan kerana baginya menjadi guru lebih mudah dan sesuai untuk wanita.

“Dilahir dan dibesarkan dalam keluarga India di Pulau Pinang yang dipenuhi adat resam dan budaya, kebanyakan ahli keluarga saya akhirnya bekerja di negeri itu selepas tamat pengajian.

“Apabila saya nekad mahu meneruskan cita-cita, ibu memang risau dan pastinya soal perkahwinan menjadi fokus utama. Dia begitu bimbang tiada siapa yang mahu mengahwini saya kerana memilih bidang itu,” katanya.

Menurutnya, keadaan ini antara contoh bagaimana budaya boleh menjadi faktor terbesar yang menjadi penghalang wanita untuk membina kerjaya dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Anak jati Bukit Mertajam ini berkata, kebimbangan ibunya adalah antara cabaran pertama yang perlu dihadapi dan pastinya dia tidak berseorangan dalam perkara itu.


BERSAMA suami, Robert Arnold Axryd.

Bagaimanapun, katanya, dia berjaya memujuk ibu bapanya untuk merestui keputusan menyambung pengajian dalam jurusan kejuruteraan telekomunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sharala berkata, bukan mudah untuk dia menggapai impiannya itu. Usahawan yang memenangi pelbagai anugerah peringkat antarabangsa dan tempatan ini juga berdepan pelbagai cabaran selepas menamatkan pengajian.

“Bidang pengajian yang saya ambil itu memerlukan bekerja di syarikat telekomunikasi di ibu kota sebagai jurutera komunikasi.

“Sekali lagi, memang sukar ibu bapa mahu melepaskan saya bersendirian ke Kuala Lumpur, apatah lagi saya satu-satunya perempuan dalam keluarga yang bekerja jauh di ibu kota.

“Namun, mereka akur selepas melihat kesungguhan saya dan membuktikan mampu menjaga diri serta mencapai impian,” katanya.

Dengan minat mendalam terhadap sains data dan mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam bidang telekomunikasi, Sharala antara figura penting yang memimpin transformasi perniagaan yang didorong oleh data dan memacu penanda aras pendidikan sains data di rantau ASEAN.

Sharala sering diundang sebagai penceramah dalam pelbagai persidangan khususnya yang mahu membincangkan topik berkaitan analisis dan wanita dalam STEM.

Wanita ini juga turut memenangi pelbagai anugerah antaranya Anugerah Usahawan Wanita EY 2017 Malaysia, Teknoprenuer Wanita SEBA 2018 dan antara Digerati 50 oleh Digital News Asia (DNA).

Sharala juga antara sebahagian pasukan yang membawa Inkubator Data (sebuah pusat sains data berpengkalan di Amerika) ke Malaysia, melancarkan program akselerator sains data pertama ASEAN pada 2016 dan mempelopori inisiatif bersama Harvard Business School di Boston untuk menyokong agenda Malaysia menjadi hab untuk Big Data Analytics (BDA).

Awal tahun lalu, syarikatnya juga melancarkan inisiatif Data For Her untuk memberikan pendidikan mengenai pengekodan percuma kepada wanita dalam bidang STEM.

“Kami juga bekerjasama dengan universiti untuk mendapatkan wanita dalam bidang penjagaan kesihatan dan sains serta kewangan menyertai kelas pengekodan percuma yang ditawarkan.

“Persatuan Usahawan Wanita Nasional (NAWEM) turut terbabit dengan pelajar sekolah untuk membolehkan mereka belajar mengenai pengekodan dan meningkatkan kesedaran terhadap bidang itu,” katanya.

Ketika ibu kepada dua cahaya mata ini mencapai kemuncak dalam kerjayanya, dia menyedari ramai wanita bergelar ibu tertekan kerana perlu melepaskan tugas mereka dan menumpukan perhatian kepada anak.

Baginya, memilih antara kerjaya dan keluarga selalu menjadi dilema yang dihadapi oleh wanita yang bekerja terutama dalam bidang STEM di negara ini.

Katanya, menempatkan jurutera wanita sebagai tenaga kerja sama penting untuk meningkatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara. Dia melihat satu kerugian apabila bakat dan kemahiran wanita dalam bidang ini dilepaskan atas faktor memilih keluarga berbanding kerjaya.

“Syarikat perlu menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk wanita. Di Eropah, lelaki dan wanita dibenarkan mengambil cuti bersalin (bagi ibu dan bapa) secara sama rata,” katanya.

Untuk berbuat demikian, Sharala menegaskan bahawa stereotaip jantina terhadap kerjaya STEM perlu dibina semula dan diketepikan. Ini kerana kadang-kadang terdapat persepsi bahawa wanita di lapangan perlu menjadi ‘tomboy’ atau berkelakuan seperti seorang lelaki.

“Peningkatan wanita dalam bidang ini amat jelas malah untuk mengatakan tidak ramai wanita berpendidikan dalam sains adalah tidak benar. Apa yang menjadi cabaran ialah memastikan mereka meneruskan kerjaya dalam bidang itu.

“Saya sering mengingatkan wanita agar tidak menganggap bidang STEM ini adalah ‘pekerjaan lelaki’ atau memerlukan kekuatan fizikal. Ini tidak benar kerana dalam sesebuah syarikat kejuruteraan, ada banyak peranan dan tugasan yang diperlukan.

“Selain itu, wanita kekurangan mentor dalam dunia perniagaan di bidang ini. Wanita memainkan peranan yang besar dalam mengenal pasti potensi kejayaan wanita lain yang berada di peringkat lebih rendah.

“Wanita juga tidak suka meminta kerana budaya kita tidak menggalakkan untuk bertanya. Sebenarnya tidak salah untuk bertanya, paling teruk pun kita akan mendapat jawapan ‘tidak’ atau mereka tidak mahu menjawab langsung. Kita tidak rugi apa-apa,” katanya.

Nasihatnya, untuk berjaya dalam bidang ini, selain mempunyai keyakinan wanita tidak perlu berasa terbeban dengan pendapat orang lain dalam mengejar kerjaya sambil membesarkan keluarga.

Katanya, wanita tidak boleh rasa bersalah kerana bercita-cita tinggi malah jangan sesekali rasa bersalah apabila menjadi ibu.

“Suami saya selalu memberitahu bahawa amat penting anak-anak kami melihat saya berjaya kerana hanya itu yang dapat memastikan kejayaan mereka suatu hari nanti,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 6:00 AM