Wan Nur Ameera Meor Rozman


Sering terlupa untuk memperbaharui insurans permotoran anda? Dengan adanya aplikasi GetCover, kini anda tidak perlu risau.

GetCover direka untuk memudahkan pengguna membuat mahupun memperbaharui insurans pada hujung jari saja melalui telefon pintar.

Anda tidak perlu lagi beratur panjang atau berjumpa dengan wakil insurans.

Menerusi aplikasi terbabit, pengguna boleh membuat perbandingan harga yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan sebelum membuat keputusan memilih insurans yang paling sesuai.

Tidak hanya tertumpu pada jualan insurans, pengguna juga berpeluang menikmati ganjaran sekiranya berjaya membuat sebarang transaksi.

Aplikasi berkenaan dilihat dilancarkan tepat pada masanya seiring langkah kerajaan menghapuskan kadar tarif insurans motor, dengan liberalisasi premium insurans yang bergantung pada faktor risiko.

Ia boleh didapatkan daripada platform App Store dan Play Store.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2017 @ 1:05 PM