WALAUPUN nampak biasa, pemasangan penyaman udara boleh membantu keluarga.


Antara perubahan teknologi ketara disaksikan masyarakat termasuk penyaman udara.

Ya! Meskipun nampak biasa saja, penyaman udara memainkan peranan penting dalam kehidupan ketika anda sedang belajar, bekerja malah berehat.

Sekarang, penyaman udara bukan sekadar menyejukkan namun bertindak sebagai penyegar dan menapis udara yang lebih bersih.

Suhu di Malaysia yang sering mencecah 30 darjah Celsius ke atas sepanjang tahun juga kadangkala boleh menyebabkan penggunaan tenaga penyaman udara naik mendadak.

Sebab itu, perubahan teknologi seperti disaksikan pada syarikat LG Electronics (LG) yang memperkenalkan produk terbaru dalam segmen perkakasan rumah dan penyelesaian udaranya mampu mengurangkan kos penggunaan elektrik yang tinggi.

PERKAKASAN rumah antara teknologi paling 'akrab' dengan manusia.

Mana tidaknya, itulah yang sering menjadi rungutan pengguna meskipun niat dalam hati memang inginkan penyaman udara menjadi pilihan ketika cuaca panas.

Menerusi pelbagai model daripada segmen Dual Cool Standard, Dual Cool Standard (Mosquito Away) dan Dual Cool Deluxe, rangkaian model terbabit dilihat mengalami perubahan teknologi dalam penyaman udara biasa sebelum ini.

Sudah pasti, ia dapat memenuhi apa jua keperluan pelanggan yang mahukan penjimatan tenaga, prestasi penyejukan pantas, keselesaan terbaik, penjagaan kesihatan serta mudah guna.

Teknologi pertama ditawarkan apabila Dual Cool RAC dilengkapi Dual Inverter Compressor yang berfungsi mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 70 peratus.

Motor Dual Inverter Compressor memiliki kekerapan pusingan yang lebih luas dan julat kepantasan penyejukan tinggi berbanding pemampat konvensional.

WALAUPUN nampak biasa, pemasangan penyaman udara boleh membantu keluarga.

Pada masa sama, ia mampu mencapai tahap penyejukan 40 peratus lebih pantas malah Dual Inverter Compressor sentiasa mengubah suai kelajuan pemampat untuk mengekalkan tahap suhu yang diinginkan tanpa perlu kerap mengawal turun naik suhu sekali gus berupaya menjimatkan penggunaan tenaga.

Penyaman udara LG mempunyai kipas ‘skew’ yang bersaiz 25 peratus lebih besar mampu mengalirkan udara yang kuat menerusi corong besar dan pantas menyejukkan udara menggunakan julat penyejukan berkelajuan tinggi.

Kurangnya operasi kerja secara tidak langsung menjimatkan penggunaan tenaga berlebihan dan mengurangkan kos membayar bil elektrik.

Satu ciri unik yang penulis dapati pada produk LG apabila ia dibangunkan sesuai dengan persekitaran negara ini.

Faktor kesihatan antara aspek penting dalam pembangunan produk.

Model Dual Cool LG misalnya mempunyai satu penapis habuk mikro yang memerangkap dan menghapuskan partikel mikro seperti bakteria, alergen dan habuk bagi memberikan persekitaran rumah dengan udara lebih segar serta bersih.

Secara teorinya, fungsi ini mampu menghapuskan partikel mikroskopik sekecil 0.3 ?m.

Satu lagi ciri unik apabila keupayaan LG memperkenalkan ciri Mosquito Away yang menghasilkan gelombang ultrasonik tanpa bunyi dantara 30kHz hingga 100kHz.

PENYAMAN udara Dual Cool Standard (Mosquito Away) ada teknologi halau nyamuk.

Gelombang ultrasonik itu mengurangkan kemampuan nyamuk untuk mengesan CO2 yang dihembus keluar manusia dengan cara melumpuhkan sistem sarafnya.

Ia sekali gus menjadi teknik penghalau nyamuk yang bebas bahan kimia.

Maklum saja di negara ini, masalah denggi memang antara wabak yang membahayakan nyawa manusia.

Jika anda perhatikan kebanyakan penyaman udara jiran, mungkin ada yang mengekalkan model lama sehingga ia mengakibatkan bunyi bising.

Tiada sebarang gangguan ketika menggunakan LG Dual Cool kerana ia beroperasi pada tahap kesenyapan yang paling rendah di dunia.

Ia terhasil melalui teknologi unik kipas ‘skew’ dan Dual Inverter Compressor yang menghilangkan bunyi bising serta menawarkan proses operasi lebih lancar.

TEKNOLOGI Dual Inverter alami perubahan.

Manakala teknologi Jet Dry pula mengekalkan kapasiti penyahlembapan luar biasa untuk memberikan persekitaran yang paling selesa.

Pendek kata, dalam satu penyaman udara juga boleh menyaksikan pelbagai teknologi seperti dual inverter yang revolusinya sememangnya ultra efisien, berkuasa serta senyap.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2017 @ 1:36 PM