AKSI yang boleh diteroka dalam EXA Post.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Sebuah pusat hiburan berteknologi moden dibuka sesuai berkonsepkan hiper realiti menggunakan inovasi realiti maya (VR).

Pertama kali diperkenalkan di Asia Tenggara, EXA Outpost mempunyai ruang khas yang membolehkan pemain bertempur dengan makhluk asing menggunakan senjata khas dan memakai topeng VR.

Tidak hanya terhad kepada bilik sempit, EXA Post memungkinkan pemain bergerak dalam ruang yang luas ketika bertempur meskipun ia permainan VR.

Pengunjung boleh mencuba permainan VR bertajuk Episode 1: Dimension 12 di sini dengan permainan solo atau berkumpulan sehingga empat pemain serentak dengan jangka masa 20 minit.

Dalam permainan ini, setiap pemain akan diberikan set VR bersama beg bateri dan senjata sebagai alat kawalan.

Pemain akan dibawa ke angkasa menerusi VR, dengan persekitaran seakan-akan sebenar yang kemudian perlu menyelesaikan misi diberikan secara berkumpulan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Oktober 2017 @ 11:02 AM