TEKNOLOGI AI kesan wajah.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Oppo Malaysia memperkenalkan model terbaru Oppo F5 yang bakal diperoleh secara rasmi bermula 11 November ini.

Oppo F5 memaparkan paparan skrin penuh dilengkapi paparan nisbah aspek 18:9 dan disokong teknologi pengecaman kecantikan A.I. (A.I. Beauty Recognition Technology) yang direka untuk merubah konsep fotografi swafoto ke tahap baru.

F5 dilengkapi kamera depan 20MP yang dipasangkan ciri f2.0 membolehkan pengguna merakam swafoto sempurna pada bila-bila masa dan di mana saja menjadikan F5 telefon yang sesuai untuk semua jenis pengguna.

Di samping itu, Oppo F5 turut memperkenalkan akses ‘Sensor Pengecaman Wajah’ (Facial Unlock) untuk membuka kekunci telefon dengan segera.

Pengecaman Kecantikan A.I. Oppo mengumpulkan maklumat dan mengkaji ciri wajah khusus pengguna berlainan daripada pangkalan data imej dunia wajah manusia.

Di samping itu, Pengecaman Kecantikan A.I. mengenali jenis dan ton kulit, jantina serta umur subjek untuk membuat penyesuaian menurut pangkalan datanya yang kemudian membuat peningkatan kecantikan disesuaikan untuk setiap individu dalam swafoto.

Oppo turut melantik aktor terkemuka, Fattah Amin dan selebriti Yoga Lin sebagai duta produk ini.

Fon ini mempunyai kamera belakang 16MP dengan bukaan f1.8. Berbanding dengan kamera 13MP atau 16MP jenama lain dalam lingkungan harga yang sama, Oppo F5 mempunyai resolusi yang lebih tinggi dan kualiti foto lebih baik.

Kamera OPPO boleh memberikan kesan bokeh dan HDR depan menyelesaikan masalah pendedahan pencahayaan melampau.

F5 juga adalah peranti paparan FHD+ skrin penuh 6.0 inci pertama Oppo membekalkan pengguna keseronokan visual yang jelas tanpa perlu meningkatkan saiz selain mempunyai 2160 x 1080 piksel skrin resolusi tinggi dengan nisbah aspek 18:9.

Ciri rekaan unibodi anggun dengan rekaan melengkung pula kemas dipegang dan Oppo menawarkan sistem operasi Color OS 3.2 bersama RAM 4GB dan storan dalaman 32GB.

Slot tiga slot menyokong dua kad nano dan satu kad TF sekali gus.

Hayat bateri F5 pula dioperasikan dengan kapasiti bateri yang 3200mAh dan teknologi pengoptimum berterusan (continuous optimizing technology) untuk mengurus aplikasi yang beroperasi dalam peranti berterusan sehingga 12 jam.

Fungsi jangan ganggu (Do Not Disturb) ketika bermain game pula hanya akan memaparkan panggilan masuk dalam bentuk sepanduk.

Oppo F5 dijual pada harga RM1,298 di 888 lokasi jualan rasmi Oppo di seluruh Malaysia, laman rasmi OPPO dan laman rakan kongsi e-dagang seperti Lazada, 11street dan Shopee.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 November 2017 @ 1:14 PM