GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Hazril Md Nor
am@hmetro.com.my


ALISPORTS dengan kerjasama Orange Esports akan menganjurkan peringkat kelayakan World Electronic Sports Games (WESG) di Kuala Lumpur pada 18 November sehingga 23 November ini dengan empat permainan e-sukan dan hadiah wang tunai terkumpul RM42,000.

Juara permainan Dota 2, Counter Strike: Global Offensive (CS:GO), Starcraft 2 dan Hearthstone turut berpeluang mewakili negara ke kejohanan WESG rantau Asia Pasifik (APAC), Mac depan.

Bagi kategori Dota 2, pasukan juara dan naib juara akan membawa pulang wang tunai RM8,000 dan RM3,500 beserta tajaan tiket penerbangan dan penginapan percuma sempena kejohanan WESG APAC nanti.

Pasukan juara kategori CS:GO pula akan membawa pulang wang tunai RM8,000 beserta tajaan tiket penerbangan dan penginapan percuma ke WESG APAC.

Bagi kategori Starcraft 2 dan Hearthstone, juara akan membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta tajaan tiket penerbangan dan penginapan percuma ke WESG APAC.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook Orange Esports dan 2017.wesg.com/en

Pix: Orange Esports

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 November 2017 @ 2:34 PM