Reviu kedua mengenai Huawei Nova 2i ini membolehkan penguji memberikan 10 alasan anda patut beli telefon ini.

Pertama, kalau anda lihat pada spesifikasi quad kamera yang Huawei terangkan secara agresif, anda boleh melihat lensa kedua pada kamera depan yang hanya 2.0 megapiksel. Secara dasarnya, sudah pasti ia nampak tidak cukup, tapi bagi memberikan senario ‘depth of field’, ia cukup baik.

Kedua, paparan 5.93 inci FullView yang mempunyai skrin sempurna apabila beroperasi pada 1080p dengan sistem audio yang baik.

Penguji lebih gemar kalau sistem audio boleh diletakkan pada kiri dan kanan ketika ia dilintangkan namun pada harga RM1,299, kita tidak harus mengharapkan terlalu banyak.

Ketiga, beberapa mod kamera seperti Pro Photo, Pro Video, Light Painting, Panorama dan Time Lapse antara lima ciri digemari penguji meskipun terdapat lebih banyak mod yang anda boleh teroka.

Leretkan ke kanan selepas mengaktifkan dan anda sudah boleh membuka antara muka bagi mod kamera yang ada.

Keempat, dalam tak sedar anda boleh meletakkan video yang dimainkan pada latar belakang antara muka fon itu sendiri.

Kelima, kesan bokeh bagi telefon ini antara yang terbaik di dunia bagi julat harga pertengahan dengan sensor yang baik mengesan subjek dan latar belakang.

Keenam, bateri berkapasiti 3340mAh benar-benar menguji fon ini namun saya berjaya menggunakannya seharian tanpa cas dengan aktiviti aktif seperti Instagram, penggunaan kamera yang kerap dan Facebook.

Namun satu lagi aktiviti iaitu bermain game tanpa ‘lag’ dan tidak panas menyebabkan penguji sangat menggemari model telefon ini.

Ketujuh, mod potret pada telefon ini mengagumkan. Anda patut cuba ketika berada di mana saja terutama bagi swafoto. Jangan terkejut kalau hasilnya tak nampak langsung Nova 2i seakan-akan telefon berharga RM1,299.

Kelapan, fungsi Huawei yang menarik memudahkan kerja apabila anda boleh ‘screenshot’ dengan hanya mengetuk lembut fon sebanyak dua kali serentak menggunakan belakang jari.

Tak perlu lagi butang kuasa dan volum untuk mengaplikasikannya.

Alasan kedua terakhir. lampu flashnya boleh ditetapkan, sekali gus menjadi yang pertama di dunia mampu berbuat demikian.

Kesimpulan dan alasan terakhir penguji, Nova 2i mempunyai harga yang berbaloi. Ada tiga fon lain yang sama seperti Nova 2i, tapi spesifikasi yang ada membuatkan model ini paling ‘best’.

HUAWEI NOVA 2i

• HARGA: RM1,299

• PENGELUAR: Huawei

• CIRI: Telefon pintar dwikamera depan belakang, skrin resolusi yang lebih tinggi, paparan FullView, pemprosesan yang kuat dan pantas

• PRO: Kesan bokeh cantik, kapasiti bateri yang paling besar

• KONTRA: Perlu aksesori pihak ketiga

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2017 @ 1:09 PM