HM Digital

Antara fon paling mencuri tumpuan tahun ini, Huawei Mate 10 sememangnya gajet menawan dan lain daripada yang lain.

Terdapat tiga versi Mate 10 iaitu Mate 10, Mate 10 Pro dan Mate 10 Porsche Design. Ketiga-tiganya hebat pada menggunakan Kirin 970 yang mempunyai cip pemprosesan AI terbenam dengan EMUI 8.0.

Mate 10 mempunyai RAM 4GB dengan storan 64GB manakala Mate 10 Pro berkapasiti 128GB serta Mate 10 Porsche Design pula datang bersama RAM 6GB serta storan 256GB.

Banyak model telefon yang bersaiz besar namun ia sekadar badan apabila skrinnya tidak cukup puas atau luas untuk ditatap.

Huawei Mate 10 Pro dan Mate 10 Porsche Design mempunyai skrin FullView 6 inci 1080 x 2160 piksel OLED HDR yang nisbah skrinnya 18:9 cukup lebar untuk menonton, dua skrin kerja dan bermain game.

Namun sebenarnya skrin enam inci terbabit dipasang pada saiz keseluruhan body 5.5 inci saja. Mate 10 pun begitu dengan skrin 5.9 inci jenis 2K (2560 x 1400 piksel) RGBW HDR pada nisbah paparan 16:9.

Terdapat beberapa ciri kecerdasan pintar (AI) yang mengoperasikan tiga model Mate 10 ini sehinggakan telefon terbabit seakan-akan robot sedang mengikuti anda.

Keperluan AI bukan saja tertumpu pada pemprosesan, malah ia turut membabitkan perisian yang memudahkan kehidupan.

Misalnya, penggunaan AI dalam menterjemahkan bahasa sama ada melalui arahan suara atau teks yang 300 peratus lebih pantas dengan aplikasi Microsoft Translator, berbanding telefon biasa selain boleh digunakan secara online atau offline.

Ia juga mempunyai Machine Learning Algorithm di mana cip AI fon ini akan belajar daripada anda dan menguruskan memori, RAM dan aplikasi bagi memastikan semuanya beroperasi lancar walaupun selepas berbulan-bulan menggunakan telefon.

Terdapat model telefon yang memerlukan anda mempunyai dok khas bagi memuatkan telefon sebelum menyambungnya ke monitor.

Namun lain pula dengan Mate 10 yang boleh dijadikan CPU dan satu kabel sudah memadai untuk menyambungkannya ke monitor dan menukarkannya menjadi set PC baru. Fungsi ini dipanggil Easy Projection.

Segala kerja boleh dipindahkan dengan pantas bersama kelengkapan kerja seperti pembentangan digital dan perkongsian fail.

Dwilensa baru sememangnya hebat. Terdapat bukaan dwiapertur jenis f1.6 yang pertama di dunia pada resolusi 12MP untuk RGB serta 20MP bagi monokrom.

Ini bermakna, anda boleh memperoleh gambar depth of field yang cantik, foto terperinci, fotografi pada pencahayaan rendah serta imej tanpa kabur.

Setiap imej diproses dengan AI. Ia mampu mengesan sehingga 13 objek dirakam termasuk gambar binatang, manusia, makanan, teks, langit, pantai, mod malam, matahari terbit dan potret. Kemudian, setting akan ditukar dengan automatik dan ia ‘mewarnakan’ imej secara asli serta nampak seakan-akan hidup.

Pengguna di Malaysia boleh membeli model terbaru Huawei Mate 10 pada harga RM2,699 manakala warna yang ditawarkan adalah coklat atau hitam.

Huawei Mate 10 Pro pula berharga RM3,099. Ketika pra tempahan lalu, ia habis dalam tempoh sejam saja jadi anda boleh mengunjungi kedai dan pusat Huawei terpilih atau syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan fon ini.

Mate 10 Porsche Design Fon premium ini berharga RM6,999 dan ia datang dengan pelbagai aksesori yang direka Porsche Design secara eksklusif.

Membeli model Mate 10 dan Mate 10 Pro bermakna anda layak untuk mendapatkan ‘Huawei Christmas Promo’.

Selain itu, anda berpeluang memenangi hadiah termasuk Mate 10 Porsche Design, kamera panorama Huawei 360 dan penimbang berat pintar Huawei.

Apa yang diperlukan hanyalah mendaftar maklumat peribadi dan bukti pembelian, kemudian jawab dua soalan mudah.

Untuk lebih maklumat, anda boleh melawat Huawei Experience Store terdekat sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2017 @ 1:12 PM