OPPO F5
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Oppo Malaysia memperkenalkan warna terbaru untuk model Oppo F5 yang kini berada di pasaran.

Oppo F5 memaparkan paparan skrin penuh dilengkapi paparan nisbah aspek 18:9 dan disokong teknologi pengecaman kecantikan A.I. (A.I. Beauty Recognition Technology) yang direka untuk merubah konsep fotografi swafoto ke tahap baru.

Di samping itu, Oppo F5 turut memperkenalkan akses ‘Sensor Pengecaman Wajah’ (Facial Unlock) untuk membuka kekunci telefon dengan segera.

OPPO F5 BIRU

• HARGA: RM1,298

• SKRIN: 6 inci FHD+

• SIM: dwi SIM (nano)

• KENIPISAN: 7.5mm

• BERAT: 152g

• PEMPROSESAN: Mediatek MT6763T Helio P23

• OS: Android 7.1, ColorOS 3.2

• RAM: 4GB

• STORAN: 32GB, kad microSD

• KAMERA: 16MP f1.8

• KAMERA DEPAN: 20MP f2.0

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Februari 2018 @ 11:47 AM