ASUS ZENFONE 5

ASUS bakal melancarkan fon terbaru, Zenfone 5 yang mempunyai rekaan hampir menyamai iPhone X.

Siri ASUS Zenfone 5 termasuk Zenfone 5, Zenfone 5Z dan Zenfone 5 Lite bakal berada di Malaysia pada bulan depan.

Zenfone 5 dan Zenfone 5Z mempunyai rekaan badan gelas dengan warna biru atau perak untuk dipilih.

Nisbah skrin-ke-badan menjangkau 90 peratus yang saiz skrin 6.2 inci mampu dimampatkan pada telefon bersaiz besar.

Skrin jenis IPS Full HD+ terbabit dipasang pada dua model Zenfone ini manakala ASUS Zenfone 5 Lite pula bersaiz 6 inci Full HD+ IPS dengan 18:9.

Zenfone 5, Zenfone 5Z mempunyai dua kamera di belakang dan posisi kameranya juga sama dengan iPhone X, lensa kamera 12MP dengan f1.8 dan lensa kedua pula boleh merakam visual sudu lebar 120 darjah.

Kamera depan pula 8MP f2.0 tapi ia mempunyai mod manual.

Siri Zenfone 5 ini mempunyai bateri berkapasiti 3300mAh dan ia mempunyai cas pantas AI yang mengikut tabiat cas anda.

Zenfone 5Z mempunyai RAM hingga 8GB dengan set cip Snapdragon 845 manakala Zenfone 5 hanya dengan RAM 4GB dan Snapdragon 636.

Zenfone 5 Lite pula lebih rendah dengan Snapdragon 630 dan RAM 4GB.

ASUS ZENFONE 5

• HARGA: Belum diperoleh

• STORAN: 64GB

• RAM: 4GB

• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 636

• SKRIN: 6.2 inci 18:9

• KAMERA: 12MP+12MP

• KAMERA DEPAN: 8MP

• BATERI: 3300mAh

• OS: Android Oreo

ASUS ZENFONE 5Z

• HARGA: Anggaran RM2,300

• STORAN: 256GB

• RAM: 8GB

• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 845

• SKRIN: 6.2 inci 18:9

• KAMERA: 12MP+12MP

• KAMERA DEPAN: 8MP

• BATERI: 3300mAh

• OS: Android Oreo

ASUS ZENFONE 5Z

ASUS ZENFONE 5 LITE

• HARGA: Bermula RM899

• STORAN: 64GB

• RAM: 4GB

• SKRIN: 6 inci

• KAMERA: 16MP+16MP

• KAMERA DEPAN: 20MP+20MP

• BATERI: 3300mAh

• OS: Android Nougat

ASUS ZENFONE 5 LITE

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Mac 2018 @ 11:51 AM