KINI anda boleh semak segala maklumat sejak awal buka akaun hingga sekarang.
Wan Nur Ameera Meor Rozman


Facebook antara laman media sosial yang popular dalam kalangan pengguna selain Instagram. Namun dalam penggunaan harian kita, ramai yang tidak sedar akan kemas kini terbaru Facebook yang boleh dimanfatkan.

Kali ini, [email protected] akan kongsikan mengenai cara untuk menggunakan kemas kini terbaru terbabit agar dapat membantu anda memanfaatkan sepenuhnya fungsi yang disediakan.

1. Muat turun data Facebook anda

Kini, anda boleh menyemak segala maklumat sejak awal anda mendaftar akaun Facebook hinggalah sekarang. Hanya pergi ke Settings dan klik Download your information untuk mendapatkan salinan data Facebook anda.

2. Semak privasi anda

Dengan menyemak privasi, anda dapat memastikan siapakah yang boleh melihat siaran dan maklumat anda. Anda juga boleh menyemak aplikasi yang telah anda gunakan untuk log masuk Facebook.

Hanya klik Settings, kemudian Privacy Settings dan akhir sekali Check a few important settings.

3. Hadkan siaran terdahulu

Jika anda telah menggunakan Facebook untuk tempoh masa yang lama, anda mungkin mempunyai siaran dan senarai rakan yang banyak. Mereka mungkin terdiri daripada individu yang anda tidak kenali, kenalan lama, bekas rakan sekerja, keluarga dan sebagainya. Oleh itu, adalah penting untuk menyemak tetapan berikut.

Klik Privacy pada halamam Settings dan pilih Timeline and Tagging.

Kini anda boleh menyemak semula foto atau siaran yang rakan anda tag sebelum ia disiarkan pada halaman Facebook anda selain boleh mengehadkan siaran yang terdahulu.

4. Tetapkan makluman log masuk dan log keluar dari jauh

Jika anda risau ada individu yang cuba log masuk akaun Facebook anda, mungkin cara ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Begitu juga sekiranya peranti pintar anda dicuri. Melalui tetapan ini, anda boleh melakukan log keluar dari jauh.

Pergi ke Settings dan klik Settings and login.

5. Aktifkan Data Saver

Facebook akan memainkan video secara automatik dan ini membuatkan data kita akan cepat habis. Sangat mudah menyelesaikan masalah ini.

Hanya klik menu di sebelah kanan atas dan pilih Data Saver.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mei 2018 @ 10:41 AM