NOKIA 9 PureView menggunakan lima lensa beresolusi 12MP.
Muhammad Saufi Hassan

PENGELUAR telefon pintar, Nokia menjadi pemain industri pertama yang mengeluarkan telefon pintar dilengkapi dengan lima lensa bagi menghasilkan kualiti gambar jelas serta terperinci.

Nokia 9 PureView dilancarkan sempena World Mobile Congress (WMC) 2019 di Barcelona, Sepanyol minggu ini sekali gus memperlihatkan kesungguhan Nokia untuk kembali ke dalam industri telefon pintar.

Peranti itu bakal dilengkapi dengan lima lensa kamera 12 megapixel (MP) dan ia dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845.

Paparan Nokia 9 PureView pula akan menggunakan skrin P-OLED beresolussi 1440 x 2880 pixel dan dilengkapi Corning Gorilla Glass 5 untuk mengelak daripada calar.

Storan peranti itu berkapasiti 128GB manakala memori pula 6GB untuk memastikan setiap aplikasi yang dilancarkan berjalan dengan sempurna tanpa sebarang masalah.

Nokia akan mengumumkan tarikh pelancaran peranti itu secara global selepas WMC 2019 minggu ini.

NOKIA 9 PUREVIEW

• Pemproses: Snapdragon 845

• RAM: 6GB

• Storan: 128GB

• Kamera: 12MP x 5 lensa

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Februari 2019 @ 12:13 PM