SIRI P30 dilancarkan hari ini. FOTO Muhammad Saufi Hassan
Muhammad Saufi Hassan


PENGELUAR telefon pintar terkemuka, Huawei melancarkan siri P30 iaitu peranti mercu keluaran syarikat itu bagi segmen pasaran Malaysia sebentar tadi.

Huawei siri P30 adalah legasi kepada kejayaan siri sebelumnya iaitu P20 dan syarikat itu masih mengukuhkan peranti berkenaan dengan keupayaan kamera mengagumkan.

Ia dibuktikan dengan skor laman web untuk fotografi iaitu DXOMark yang meletakkan siri P30 Pro dengan jumlah markah keseluruhan 112 dan menduduki tempat pertama mengalahkan beberapa pesaing daripada jenama lain.

Huawei juga mengumumkan harga untuk dua varian berkenaan dan bagi siri P30, peranti berkenaan dijual pada harga RM2,699 manakala P30 Pro dengan jumlah storan 256GB pada harga RM3,799.

Bagi P30 Pro yang mempunyai jumlah storan 512GB, ia akan dijual pada harga RM4,399 dan semua varian boleh didapati di 11 lokasi seluruh negara bermula Sabtu ini.

Pembeli terawal akan menerima Huawei Back Up 1TB termasuk beberapa hadiah istimewa yang lain.

Aspek spesifikasi pula, siri P30 menggunakan memori 8GB untuk semua varian termasuk pemproses Kirin 980.

Peranti itu juga menggunakan sistem operasi EMUI 9 yang berasaskan Android 9.

Bagi P30 Pro, Huawei menggunakan kombinasi tiga kamera berkeupayaan 40 megapixel (MP) lensa sudut luas + 20MP (sudut ultra luas) + 8MP telefoto.

Siri itu juga menggunakan kapasiti 4,200 mAh dan turut menyokong Huawei SuperCharge dan Huawei Wireless Quick Charge.

Peranti varian P30 pula pula menggunakan kombinasi kamera tiga lensa berkeupayaan 40MP (sudut luas) + 16MP (sudut ultra) + 8MP (telefoto).

Varian ini menggunakan kapasiti bateri 3,650 mAh dan menyokong Huawei SuperCharge.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 April 2019 @ 5:59 PM