MAXIS dan jalin kerjasama dengan Malaysia Airlines tawar diskaun tiket.
Muhammad Saufi Hassan


PEMBEKAL jaringan telekomunikasi terkemuka, Maxis menjalin kerjasama dengan Malaysia Airlines untuk memberi ganjaran kepada pelanggan perkhidmatan Maxis dan Hotlink dengan potongan harga pembelian tiket sehingga 55 peratus.

Ia merangkumi pembelian tiket penerbangan domestik dan antarabangsa menerusi ‘Malaysia Airlines Ultimate Travelicious Deals’ (MAUTD).

Menerusi kerjasama berkenaan, pelanggan Maxis dan Hotlink dapat menikmati kadar potongan harga tambahan pada tiket penerbangan mereka semasa kempen MAUTD.

Tawaran itu juga adalah penyelesaian menyeluruh untuk pelajar melalui program ‘MHexplorer Student Travel’ dan peluang memenangi tiket penerbangan ke beberapa destinasi tumpuan umum seperti Bali di Indonesia, Tokya (Jepun), Seoul (Korea Selatan) dan beberapa lokasi lain.

Untuk kempen pertama, ia sudah bermula sejak 29 April dan akan berakhir pada 13 Mei. Pelanggan Maxis dan Hotlink boleh menikmati potongan harga sehingga 55 peratus pada tiket penerbangan antarabangsa dan domestik.

Bagi tempoh pelancongan pula, ia bermula pada 29 April hingga 31 Mac 2020 dan pelanggan boleh memilih tarikh yang sesuai untuk melancong ke sesuatu destinasi pilihan sepanjang tempoh berkenaan.

Program ‘MHexplorer Student Travel’ yang diumumkan 24 April lalu meletakkan kerjasama erat antara Malaysia Airlines dengan Maxis termasuk beberapa syarikat lain seperti Grab dan Expedia untuk menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk penerbangan pelajar.

Pelanggan Hotlink dan Maxis yang mendaftar untuk Program MHexplorer Student Travel akan berpeluang memenangi tiket penerbangan ke beberapa destinasi pelancongan tumpuan umum.

Tawaran eksklusif untuk pelanggan Maxis dan Hotlink boleh didapati menerusi aplikasi MH Mobile tiga kali setahun, bermula daripada separuh kedua tahun ini dan mereka boleh menikmati potongan harga sehingga 30 peratus untuk tiket penerbangan ke mana-mana destinasi antarabangsa dan domestik.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari https://www.malaysiaairlines.com/MHMaxis bagi mengetahui tawaran terkini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 8:26 AM