SENSOR terbaharu keluaran Samsung Electronics.
Muhammad Saufi Hassan


SYARIKAT gergasi elektronik dunia, Samsung baru-baru ini melancarkan sebuah sensor kamera yang dikenali sebagai ‘Isocell Bright GW1’ dengan kemampuan resolusi 64 megapixel (MP).

Pelancaran sensor baharu itu menjadikan ia resolusi terbesar berbanding sebelum ini dan Isocell Bright GW1 64MP ini menggunakan saiz pixel 0.8?m.

Ia sekali gus mencetuskan khabar angin berhubung wujud kemungkinan Samsung bakal menggunakan sensor berkeupayaan sama untuk diguna pakai dalam peranti telefon pintar keluaran mereka pada masa depan.

Sensor terbaharu itu menggunakan nisbah yang hampir sama dengan sensor 48MP GM1 yang menghasilkan gambar 12MP manakala bagi Bright GW1 akan menggunakan teknolaogi Tetracell yang menggabungkan empat pixel dalam satu pixel saja.

Menerusi sensor berkenaan, ia akan memberikan hasil foto resolusi 16MP dan sensor terkini itu didatangkan dengan ciri khusus seperti ‘Dual Conversion Gain’ (DCG) untuk prestasi yang lebih baik serta ‘Super Phase Detect’ iaitu ciri yang lebih pantas untuk fokus automatik.

Samsung juga mengumumkan sensor 48MP Isocell Bright GM2 mempunyai ciri hampir sama namun mempunyai kadar pixel yang kurang.

Syarikat gergasi itu akan mengeluarkan dua sensor berkenaan secara besar-besaran dan akan dilakukan pada separuh kedua tahun ini.

Pelancaran sensor 64MP oleh Samsung dilihat hampir selari dengan laporan pada Mac lalu, iaitu Qualcomm sudah menjangkakan telefon pintar dilengkapi kamera 64MP dan 100MP bakal hadir penghujung tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mei 2019 @ 9:52 AM