ASUS ROG tawar desktop kelas permainan kepada pengguna.
Muhammad Saufi Hassan


JIKA anda mencari desktop kelas permainan tanpa perlu mencari setiap peralatan untuk digabungkan dalam sebuah mesin berkuasa, ASUS Republic of Gamers (ROG) ada jalan penyelesaiannya.

Menerusi desktop kelas permainan iaitu ROG Strix GL12, ASUS ROG menawarkan tiga varian berbeza bermula pada harga RM9,999; RM12,999 dan RM14,999 yang dibezakan berdasarkan pemproses serta kad grafik.

Untuk barisan paling tinggi, desktop berkenaan dilengkapi dengan pemproses Intel Core i9-9900K serta dipadankan dengan memori (RAM) 16GB DDR4.

Pengguna juga akan mendapat storan NVME M.2 512GB serta 1TB cakera keras 7,200RPM untuk prestasi yang baik terutamanya kepada penggemar permainan dalam talian.

Kad grafik pula dilengkapi dengan generasi baharu Nvidia GeForce RTX 2080 manakala papan induk paling berkuasa iaitu Intel Z390.

Spesifikasi berkenaan bukan saja sesuai untuk semua jenis permainan bertaraf AAA serta melakukan tugasan sintesis imej, video atau animasi dengan kadar pantas.

SPESIFIKASI

• Pemproses: Intel Core i7-9700K / i9-9900K

• RAM: 16GB DDR4

• Kad grafik: Nvidia GeForce RTX 2070 / RTX 2080

• Storan: NVME M.2 256GB / 512GB / 1TB HDD 7,200RPM

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mei 2019 @ 11:39 AM