CALL of Duty kini boleh dimuat turun di peranti mudah alih.
Muhammad Saufi Hassan

Judul permainan paling fenomena dalam sejarah permainan desktop, Call of Duty kini boleh dimuat turun di peranti mudah alih.

Ia adalah permainan paling ditunggu-tunggu selepas judul berkenaan melalui fasa percubaan tertutup, beberapa minggu lalu.

Permainan Call of Duty: Mobile kini boleh dimuat turun oleh pengguna Android menerusi PlayStore atau pengguna iOS di App Store.

Call of Duty: Mobile adalah permainan mudah alih yang dibangunkan oleh Tencent untuk Activision dan bagi pasaran tempatan, permainan itu diterbitkan oleh Garena.

Melalui permainan ini, ia menyediakan pelbagai mod permainan dalam talian seperti mod Deathmatch, mod pertempuran Royale dan juga mod Cari dan Musnah yang menggunakan bom.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Oktober 2019 @ 10:43 AM