SETIAP kali hendak merakamkan aktiviti membabitkan pergerakan menggunakan kamera telefon pintar, pasti hasilnya tidak begitu memuaskan kerana ia kelihatan seakan kabur di hujungnya. Mulalah terbit perasaan geram dan marah sebab dalam belasan rakaman yang diambil, hanya satu atau dua sahaja yang berkualiti, hingga telefon pintar yang dimiliki dipersalahkan.

Rasanya, ramai yang pernah mengalami situasi seperti itu bukan?

Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana OPPO hadir membawakan model terbaru, Reno2, yang melengkapkan peranti itu pada bahagian kuad kameranya dengan menyasarkan kepada videografi. Sebab tulah Duta OPPO Reno2 Neelofa dan lain-lain pun suka akannya!



1. Fungsi 48MP Kuad Kamera mengagumkan

OPPO Reno2 mempunyai kombinasi kuad kamera mengagumkan yang memaparkan lensa utama ultra jelas 48MP + kanta sudut lebar 8MP + kanta telefoto 13MP + kanta 2MP mono.

Ia sekaligus menyokong ciri-ciri cemerlang dalam pengambilan fotografi dan rakaman videografi.

• 5X zoom hibrid hingga 20X zoom digital dalam video dan gambar

Kamera OPPO Reno2 turut hadir dengan ciri pembesaran imej atau 5X zoom hibrid hingga 20X zoom digital. Menerusi teknologi ini, ia membolehkan penggunanya merakam video mereka pada pelbagai sudut bagi menghasilkan video menarik dan berkualiti. Apatah lagi dengan adanya kamera utama yang menyokong video pada kadar 1080p 60fps.

Reno2 dilengkapi dengan 5x zoom hibrid yang menyediakan semua gabungan jenis kanta termasuk lensa sudut lebar, kamera utama dan lensa fokus panjang di mana panjang fokus masing-masing bersamaan 16 milimiter (mm) , 26mm dan 83mm.

Peralihan zoom optiknya pula lebih kurang dua kali. Ia juga menggunakan teknologi gabungan imej untuk memastikan peralihan zoom itu mudah dan lancar.

Ini bermakna, selepas ini tiada lagi masalah untuk mengambil gambar artis kesayangan di atas pentas konsertnya walaupun anda jauh dari pentas.

Tulisan yang kecil juga dapat dilihat dengan jelas walaupun anda duduk jauh dari slaid pembentangan ketika berada di dalam mesyuarat mahupun kelas.


• Mod Video Stabil Ultra

OPPO memahami kehendak pengguna yang gemar merakam video dan membuat vlog untuk simpanan peribadi mahupun secara profesional buat tatapan ramai.

Menerusi Reno2, ciri video tercanggih dibina bagi membolehkan sebarang aktiviti rakaman membabitkan pergerakan seperti berlari, menari, melompat, berbasikal dan seumpamanya diambil tanpa kesan gegaran.

Ia mampu dilakukan dengan adanya Penstabilan Imej Elektronik (EIS) dan Penstabilan Imej Optikal (OIS) yang terbina di dalam peranti supaya menjadikan video lebih stabil dan fokus walaupun ia diambil ketika berada dalam keadaan tidak sekata mahupun tangan sedikit goyah.

Kehadiran ciri baru itu membolehkan pengguna OPPO Reno2 merakam video dengan lebih baik tanpa gegaran yang menjengkelkan pada kadar 60fps.

Ia sekali gus meningkatkan kestabilan, kelancaran dan kualiti imej secara keseluruhan.

Pastinya selepas ini, pengguna akan bertambah asyik merakamkan video kerana kualiti yang dihasilkan berada pada tahap 'tip top'.



• Bokeh Efek Video

Menambah keterujaan pengguna, terdapat juga ciri kesan bokeh pada video yang akan memfokuskan objek dengan latar belakang kabur.

Malah, sebelum merakam video, kesan kabur di bahagian belakang itu boleh di prasetkan dan dipratonton terlebih dahulu.

Kesan yang dipanggil 'blurring' itu pula ternyata setanding dengan kamera refleksi lensa tunggal (SLR) kerana ia dapat menyerlahkan objek yang dipilih terutama pada gambar landskap atau pemandangan.

Namun, setakat ini kamera hadapan dan kamera belakang boleh mengaburkan bahagian latar untuk seorang sahaja.


• Audio Zum

Bunyi angin kuat atau kenderaan sedang sibuk di jalan raya yang dirakam dalam video agak menjengkelkan. Lebih-lebih lagi apabila sukar mencari jalan penyelesaian bagaimana mahu mengurangkan bunyi itu supaya tidak terlalu kedengaran ketika proses menyunting dijalankan.

OPPO Reno2 ada caranya. Melalui ciri zoom audio yang dimiliki membolehkan anda menguatkan bunyi sesuatu objek utama apabila melakukan zoom bagi menghasilkan video yang lebih berkesan.

Sebab itu, ia amat berguna ketika penggambaran dalam keadaan angin kencang atau di kawasan jalanan yang sibuk.

Fotografi

• Mod Gelap Ultra

Mengabadikan momen indah di malam hari dapat dilakukan dengan lebih baik menerusi kemampuan ciri Ultra Dark Mode pada kamera Reno2.

Ultra Dark Mode ini menghasilkan foto yang terang dan jelas. Bahkan setiap butir atau perincian gambar yang tidak boleh dilihat dengan mata manusia tetap terlihat meskipun dalam keadaan kurang cahaya.

Terima kasih kepada NPU, gambar yang diambil pada waktu malam menjadi lebih cantik.

Contohnya, jika tahap cahaya berada pada tahap di bawah 5 lux, AI yang dikhususkan kamera akan mencerahkan gambar tanpa menghasilkan hingar yang jelas.



2. Skrin Sinar Matahari

Reno2 hadir dengan Sunlight AMOLED Screen yang dipertingkatkan dam mempunyai keistimewaan tersendiri ketika penggunaannya sama ada pada waktu siang mahupun malam.

Pada siang hari, ia menawarkan kecerahan mencukupi walaupun dalam persekitaran luaran yang terang.

Tambah menarik, ia juga memanjangkan tempoh penggunaan skrin sebanyak 50 peratus dan mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 6 peratus.

Pada waktu malam pula, OPPO meningkatkan lagi pengalaman pengguna dengan memasukkan penapisan cahaya biru untuk melindungi mata melalui penurunan sebanyak 37.5 peratus cahaya biru.

Dengan ini, ia mampu mengurangkan kerosakan mata dan memberi lebih keselesaan pada bahagian itu apabila melihat skrin Reno2 pada waktu malam.

OPPO Reno2 adalah telefon pintar pertama yang diiktiraf dengan pensijilan paparan penjagaan penuh dari TUV Rehinland yang kini merupakan spesifikasi tertinggi syarikat itu untuk paparan mudah alih.

Piawai prestasi


Seiring keterujaan mengambil gambar atau video menggunakan kuad kamera dimiliki OPPO Reno2, tidak perlu khuatir mengenai jumlah storan untuk menyimpan semua hasil seni bernilai tinggi itu.

Sebabnya, peranti dipacu Snapdragon 730G ini mempunyai kapasiti yang tinggi dan pilihan memori serba boleh yang menyediakan lebih ruang untuk merakam lebih detik istimewa, seperti kapasiti memori sebesar 8GB ROM + 256GB RAM memori.


Ia turut dikuasakan teknologi pengecasan pantas VOOC Flash Charge 3.0 baharu dan mempunyai Hyper Boost 2.0 serta pensijilan permainan lima bintang TUV untuk pengguna yang mengutamakan layanan pantas dalam permainan video tetapi menjimatkan penggunaan bateri. Dengan VOOC Flash Charge 3.0, anda boleh bersambung bermain video sambil mengecas telefon. Dengan teknologi baru ini, ia tidak berbahaya dan terlampau panas.

Tunggu apa lagi, dapatkan telefon pintar terhangat di pasaran ini sebelum orang lain melakukan tempahan awal.



Reno2 yang hadir dalam dua warna menarik iaitu Luminous Black dan Sunset Pink, boleh ditempah mulai sekarang hingga 25 Oktober ini di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; rakan telekomunikasi telefon pintar Celcom, Digi, Maxis dan rakan kedai rangkaian OPPO Senheng, SenQ, DirectD serta ThunderMatch.



Pelanggan yang melakukan pra tempahan akan menerima waranti perlindungan skrin lanjutan selama setahun (RM119) dan beg eksklusif Reno (RM199) dengan nilai keseluruhan RM318.

Pastikan juga anda tidak ketinggalan untuk memiliki OPPO Reno2 ini di pasaran secara rasminya pada 26 Oktober ini di setiap Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; rakan telekomunikasi telefon pintar Celcom, Digi, Maxis dan rakan kedai rangkaian OPPO Senheng, SenQ, DirectD serta ThunderMatch.

Bagi mendekati orang ramai terutamanya pengguna setia, OPPO turut melakukan siri jelajah pada 26 Oktober ini di pusat beli-belah Sunway Pyramid, dapatkan hadiah tambahan yang bernilai sehingga RM 1,067.

Khas buat pelanggan yang membuat pra tempahan, selain hadiah istimewa di atas mereka juga akan menerima pengecas mudah alih berharga RM269 dan Enco Q1 (RM599) pada acara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 7:35 PM