SESUAI untuk golongan profesional yang mahu sentiasa terhubung dengan jaringan Internet.
Oleh Muhammad Saufi Hassan


Melancong ke sesebuah negara sememangnya sangat dinantikan sesiapa saja dan pasti saat indah berkenaan dikongsi menerusi pelbagai platform media sosial seperti Instagram serta Facebook.

Namun, untuk memastikan semua saat indah itu dapat diikuti oleh rakan, pastinya ia memerlukan jaringan Internet dan perkara pertama yang difikirkan oleh sesiapa saja adalah bagaimana kekal berhubung walaupun berada di luar negara.

Jalan mudah adalah menggunakan khidmat jaringan telekomunikasi antarabangsa atau ‘roaming’, namun ia agak mahal dan caj dikenakan pula secara harian.

Kapasiti data dibekalkan pula tidak banyak dan begitu minimum bagi sesiapa yang gemar melakukan perkongsian serta muat naik menerusi format video atau gambar.


PERANTI jaringan Internet Roamingman memberi kemudahan terutama

Segala masalah itu sebenarnya mempunyai jalan penyelesaian yang sangat mudah jika menggunakan khidmat ‘Roamingman Malaysia’ yang bukan saja menawarkan caj harian lebih rendah, tetapi kapasiti data yang sangat baik.

Ketika penulis berkunjung ke New York, Amerika Syarikat bulan lalu, peranti jaringan Internet Roamingman banyak membantu tugasan harian terutama ketika ingin menghantar fail format video dengan jumlah yang besar.

Caj perkhidmatan peranti ini bermula kira-kira RM12 sehari mengikut negara tertentu dan bagi Eropah, caj dikenakan RM35 dengan kapasiti data 3GB sehari.

Roamingman mempunyai dua peranti jaringan Internet iaitu Poket U2 Jaringan Internet Tanpa Wayar (WiFi) atau peranti terbaru iaitu model G4 yang turut dilengkapi aplikasi alih bahasa masa nyata, navigasi peta dan cadangan lokasi lawatan.

Peranti baharu itu boleh digunakan di 138 negara dengan jumlah pengguna melebihi 300 juta seluruh dunia dan Roamingman menawarkan perkhidmatan yang sangat baik.

Pengalaman penulis menggunakan peranti berkenaan juga sangat baik terutama melayari laman web, penstriman video, penghantaran video berkapasiti besar dan penghantaran imej resolusi tinggi.

Perkhidmatan Roamingman juga sangat mudah apabila pengguna hanya perlu mencari kios di lapangan terbang dan melakukan sewaan dengan pakej serta kadar tertentu.


ROAMINGMAN mempunyai rangkaian di 138 negara seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 10:08 AM