Muhammad Saufi Hassan


PENGGUNA peranti Apple boleh mengemas kini peranti mereka menerusi sistem operasi versi iOS 13.2.3 yang memperbaiki kelemahan versi sebelum ini.

Kemas kini terbaru itu dilancarkan secara menyeluruh pagi tadi dan bertujuan untuk memperbaiki sistem carian yang tidak berfungsi di dalam Mail, Files dan Notes.

Versi baharu itu juga memperbaiki masalah fail yang tidak boleh dimuat turun apabila aplikasi diletakkan menerusi mod latar belakang.

Bagi kemas kini versi baharu itu, pengguna perlu memuat turun fail bersaiz 102.6MB dan ia adalah agak kecil berbanding kemas kini sebelum ini.

Pengguna hanya perlu memilih ‘Settings’ dan menekan tab ‘General’ serta melakukan pemilikan kepada kemas kini. Fail berkenaan akan dimuat turun secara automatik dan memasangnya seperti biasa.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 3:02 PM