MAKMAL 5G uji keberkesanan jaringan secara lebih meluas.
hmdigital

MAKMAL 5G Malaysia pertama meminta lebih ramai ahli akademik, pihak universiti, pemaju dan perniagaan berdaftar untuk menguji penggunaan jaringan termaju 5G mereka sekali gus memberi resolusi masa nyata jika timbul sebarang masalah.

Cyberview Sdn Bhd (Cyberview) dan Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) melihat bahawa jika lebih banyak pembabitan daripada golongan berkenaan, ia akan memastikan kejayaan perkhidmatan 5G pada masa depan.

Ketua Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan berkata, Digi percaya cara terbaik untuk mendorong peralihan jaringan 5G di negara ini adalah melalui pendekatan kerjasama untuk membina ekosistem 5G bersama-sama.

“Kita memiliki makmal 5G bertujuan untuk ujian, ia langkah penting memudahkan pembangunan 5G di negara ini kerana ia membolehkan pembangun tempatan berpeluang untuk membuat inovasi, mencipta dan mengembangkan sesuatu aplikasi.

“Kami percaya ada lebih banyak potensi untuk diteroka dan teruja untuk menemui lebih banyak inovasi kerana lebih banyak aplikasi datang melalui pintu kami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 10:09 AM