GAMBAR HIASAN
Muhammad Saufi Hassan


SYARIKAT gergasi elektronik, Samsung menawarkan barangan menarik untuk kempen Bonanza Samsung 2020 apabila pengguna melakukan pembelian pada barangan terpilih antaranya televisyen atau perkakasan rumah yang lain.

Kempen bonanza itu bermula pada 1 Disember dan akan tamat pada 31 Januari 2020 membabitkan pelbagai hadiah menarik dengan pembelian barangan terpilih.

Pengguna juga akan menikmati hadiah berupa peranti eksklusif iaitu Samsung Galaxy Fold bernilai RM8,388 dengan pembelian TV Samsung QLED 8K yang menawarkan resolusi terperinci yang mengagumkan.

Selain itu, pengguna juga berpeluang untuk menerima pelbagai hadiah lain seperti telefon pintar daripada siri Samsung Galaxy dengan pembelian perkakasan tertentu.

Pengguna boleh mengunjungi outlet Samsung untuk melihat tawaran hadiah menarik berkenaan atau melayari laman web www.samsung.com/my/2020 untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 4:23 PM