RX 5700XT tawar sistem penyejukan yang baik.
Muhammad Saufi Hassan

ASUS hari ini mengumumkan kad grafik terbaru mereka keluaran AMD Radeon iaitu RX 5700XT yang dilengkapi dengan sistem penyejuk optimum untuk tempoh penggunaan lebih lama.

Kad grafik berkenaan yang menggunakan dua generasi produk kelas permainan ASUS iaitu Republic of Gamers (ROG) Strix dan ASUS Dual Radeon untuk model berkenaan.

Bagi pengguna yang mahu pengalaman permainan lebih baik untuk resolusi 1080p, kad grafik ini penawarkan prestasi yang sangat baik termasuk sistem penyejukan yang baik.

Perkakasan ini dilengkapi dengan perlindungan habuk yang diiktiraf iaitu IP5X dan mempunyai plat perlindungan belakang untuk memperlihatkan lebih ciri premium.

Tanda harga yang ditawarkan adalah RM1,199 dan tempoh perlindungan daripada ASUS adalah 3+1 tahun untuk perlindungan tempoh panjang.

ROG STRIX RX5500XT O8G GAMING

• SISTEM: AMD Radeon:tm: Stream processors: 1408

• MOD OC : Anggaran 1865 MHz

• MOD PERMAINAN : 1737 MHz

• MEMORI VIDEO : 8GB GDDR6 memory

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Disember 2019 @ 5:59 PM