SONY Interactive Entertainment Singapore (SIES) bakal melancarkan judul eksklusif mereka iaitu ‘Predator: Hunting Grounds’.
SONY Interactive Entertainment Singapore (SIES) bakal melancarkan judul eksklusif mereka iaitu ‘Predator: Hunting Grounds’.
Muhammad Saufi Hassan


TIDAK semua genre permainan yang berasaskan sains fiksyen atau pertempuran dengan makhluk asing membosankan, sebaliknya wujud segelintir pemain yang gemar memilih permainan yang menampilkan banyak elemen ganas dan darah.

Elemen ini lebih dikenali sebagai ‘Blood and Gore’ dan kali ini, Sony Interactive Entertainment Singapore (SIES) bakal melancarkan judul eksklusif mereka iaitu ‘Predator: Hunting Grounds’.

Walaupun tarikh pelancaran permainan itu berbaki empat bulan lagi, konsep permainan mod alpha yang dipertontonkan memberi jangkaan ia bakal menjadi permainan ditunggu-tunggu untuk konsol Sony Playstation.

Secara asasnya, permainan itu bakal dilancarkan 24 April tahun depan dan harga yang dicadangkan untuk cakera Blu-Ray edisi biasa adalah RM169 sama seperti edisi digital.

Terbaharu, SIES turut mendedahkan pratempahan untuk versi digital sudah dibuka pada 11 Disember lalu dan ia menjanjikan pakej bonus untuk pemain yang membeli edisi berkenaan.

Berdasarkan konsep permainan alpha yang tunjukkan beberapa bulan lalu, Predator: Hunting Grounds menampilkan mod permainan kerjasama antara pemain dan boleh memilih untuk menjadi pasukan ‘Fire Team’ dalam memburu Predator.

PREDATOR akan dilengkapi teknologi canggih seperti cakera pembunuh, tombak elektrik, meriam dan keupayaan untuk imej halimunan.
PREDATOR akan dilengkapi teknologi canggih seperti cakera pembunuh, tombak elektrik, meriam dan keupayaan untuk imej halimunan.

Mungkin cadangan kedua adalah lebih baik apabila pemain boleh memilih tiga kelas Predator yang mempunyai keunikan daripada aspek pertempuran tersendiri.

Bagaimanapun, tidak begitu jelas berhubung kelas Predator dan tontonan konsep permainan menunjukkan pemain boleh memilih kelas Predator ‘Scout’ yang mempunyai kelebihan daripada aspek gerakan pantas, namun mempunyai mata hidup (health bar) yang rendah.

Predator akan dilengkapi teknologi canggih seperti cakera pembunuh, tombak elektrik, meriam dan keupayaan untuk imej halimunan.

Bagi pemain yang memilih pasukan Fire Team pula akan dilengkapi persenjataan moden terkini seperti raifal tempur, senapang patah dan mesingan.

Konsep permainan yang ditampilkan adalah pemain bertempur dengan pemain dan mereka akan memilih Predator yang terdiri daripada seorang pemain manakala Fire Team terdiri daripada kumpulan pemain lain.

Kali terakhir permainan bertemakan Predator ini dilancarkan adalah 19 tahun lalu dan pastinya peminat genre permainan sains fiksyen ini akan menanti pelancaran permainan berkenaan tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Disember 2019 @ 1:04 PM
Digital NSTP Subscribe