KAD grafik AMD RX5600XT sesuai untuk permainan resolusi 1080p sekali gus merapatkan jurang penguasaan Nvidia sebelum ini.
KAD grafik AMD RX5600XT sesuai untuk permainan resolusi 1080p sekali gus merapatkan jurang penguasaan Nvidia sebelum ini.
AMD memperkenalkan barisan produk Radeon RX5600XT bersama keluaran jenama terkemuka.
AMD memperkenalkan barisan produk Radeon RX5600XT bersama keluaran jenama terkemuka.
Muhammad Saufi Hassan


SELEPAS mendominasi segmen pengeluar pemproses sepanjang tahun lalu, Advanced Micro Devices (AMD) melangkah ke depan apabila cuba untuk mencabar Nvidia dalam pasaran unit pemproses grafik (GPU).

Sejak suku ketiga tahun lalu, AMD dilihat giat melancarkan pelbagai jenis barisan GPU selepas mengumumkan rekaan Navi yang menggunakan infrastruktur 7nm yang memberikan lebih kuasa prestasi dan kadar efisien tenaga.

AMD sudah melancarkan dua barisan produk mereka iaitu untuk kelas permainan 1080p, AMD melancarkan RX5500 dalam dua versi berbeza termasuk XT dan untuk resolusi 2K, mereka mempunyai RX5700XT.

Syarikat berkenaan meneruskan usaha pengurangan jurang penguasaan selepas melancarkan GPU kelas super pertengahan iaitu RX5600XT.

Kekuatan utama yang ditawarkan AMD adalah kuasa prestasi dan harga yang lebih rendah menerusi pencabar mereka, Nvidia dan resepi sama turut digunakan dalam segmen GPU ini.

Menerusi kad RX5600XT ini, AMD membuktikan bahawa kad terbaharu keluaran mereka sudah menewaskan pencabar utama iaitu Nvidia GTX 1660Ti atau versi super menjadikan jurang dominasi dua pesaing berkenaan semakin mengecil.

KAD grafik AMD RX5600XT sesuai untuk permainan resolusi 1080p sekali gus merapatkan jurang penguasaan Nvidia sebelum ini.
KAD grafik AMD RX5600XT sesuai untuk permainan resolusi 1080p sekali gus merapatkan jurang penguasaan Nvidia sebelum ini.

Kekuatan daripada aspek harga bakal melonjakkan keupayaan kad grafik AMD tidak lama lagi apabila pengguna boleh melakukan penjimatan dan menggunakan lebihan bajet untuk perkakasan desktop yang lain.

Menyentuh aspek spesifikasi, Radeon RX5600XT menggunakan kapasiti video memori (VRAM) 6GB dan rekaan DDR6 serta disokong keupayaan 192 bit.

Perbandingan dengan kad grafik generasi terdahulu iaitu RX590, kad terbaharu itu mempunyai kapasiti memori keseluruhan 288GBps manakala RX590 hanya 256GBps walaupun kad terdahulu menggunakan kapasiti memori 256 bit.

Radeon RX5600XT dijangka memenuhi kriteria permainan untuk 1080p walaupun pengguna meletakkan tetapan ubahsuai grafik pada tahap tertinggi dan ia tidak memberi masalah kepada GPU terbaru keluaran AMD berkenaan.

Sebelum ini, kad grafik keluaran AMD ketinggalan jauh di belakang Nvidia namun menerusi beberapa siri terbaharu ini membuktikan AMD mempunyai perancangan yang sangat rapi.

Penulis tidak hairan jika dalam masa lima tahun akan datang AMD bakal menjadi ‘raja’ baru dalam segmen pengeluaran kad grafik selepas dominasi mereka dalam segmen pemproses.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 January 2020 @ 10:00 PM